8 July 2017

REVIEW | Shopping di Website SGShop Malaysia

Assalamualaikum!


Al kisahnya suatu hari tu, aku join giveaway voucher sgshop kat blog kak wani sukarno. Last-last aku menang jugak alhamdulillah and aku dapat RM100 sgshop kredit so aku boleh shopping apa-apa kat sgshop guna kredit tu sampai habis. Masa tu eksaited kemain hahaha sebab saje nak try shopping online kat website sendiri-sendiri hahaha (first time ni huhu). Selama ni selalu guna medium ig and whatsapp je but hari tu aku guna website sgshop ni.


First and foremost, aku memang disuruh register akaun sgshop ni masa join giveaway hari tu kalau-kalau aku menang, diorang terus masukkan kredit je melalui username aku tu. So, sesiapa yang nak shopping kat sgshop ni memang disarankan untuk create akaun dulu. Then korang boleh topup kredit korang bila-bila je macam sgshop bagi aku kredit RM100, boleh je kalau aku nak topup lagi RM200 ke jadilah RM300 kredit aku tapi aku tak topup pung hehe. Kalau nak bayar direct guna online bank in ke kredit kad ke pun boleh cuma nanti ada transaction fee lah.


Act sgshop ni, barang-barang dalam website dia semua barang-barang dari taobao yang kat china tu. Kira sgshop ni agent taobao kat malaysia. Korang boleh beli barang direct dari china dengan harga yang murah melalui sgshop je. Postage fee tu ofkos lah ada and tinggi sikit sebab barang hanya akan dibawa masuk malaysia lepas korang place order je. Tapi it's worth daripada korang kena pergi china sendiri or shopping online kat website taobao yang fully chinese language haa. At least kat website sgshop korang boleh faham bahasa and harga dia macam mana and senang nak order barang. Macam hari tu aku pilih Economy Air as shipping method. Aku order sebelum raya and barang sampai lepas raya. Kira ok lah kan?


Lagi satu, cara diorang follow up customer pun sangat bagus. Sgshop akan hantar email dan hantar mesej melalui phone number tentang update terkini barang-barang yang kita order. Dekat website dia pulak, hari-hari kita boleh check update tentang order kita. Nanti barang-barang yang diorang order dari taobao dah sampai warehouse, kita perlu bayar harga postage untuk diorang hantar ke full alamat kita pulak. Haritu aku kena RM12.90 je bergantung pada berat barang yang korang order jugak. Kalau ada order yang problem, diorang akan kasi notification kat 'problematic order' tu and diorang akan hantar email dan sms.


Apa-apa hal diorang akan sentiasa update dengan customer diorang. Masa tu aku letaklah alamat unisza. Senang sikit aku nak ambik barang aku. Tapi rupanya diorang guna ninja van. Masa tu aku tengah lek lek atas katil tetiba ada orang call tanya blok aku yang mana satu sebab nak hantar barang. Orangnya dah sampai unisza cuma tak jumpa blok aku mana satu lagi. Masa tu aku gelabahlah "eh ni siapa?", "ada orang hantar hadiah kat aku ke owemjiiii!!", "eh mana tudung aku?!!". Hahaha rupanya barang sgshop. Dah lah bilik aku tingkat 5 tapi sebab eksaited nak amik barang aku turun jugaklah dengan serabai tudung macam mak nenek semua.


Aku order 4 barang je and kesemua tu adalah beg. Beg balik kampung, beg organizer dan bag kasut hahahaha. Sebab semuanya nampak comel so aku grab lah sikit-sikit tu pun jenuh aku nak choose weyh banyak design comel-comel. Murah pun murah. Masa tu memang menguji keimanan sungguh ler aku. Tak tahulah nak kata berkualiti or tak sebab banyak barang yang orang jual kat malaysia pun act diorang contact supplier dari china jugak so why not hahaha. Aku rasa kualiti sama je. Aku taknak beli baju or kasut sebab tak reti nak pilih saiz (hahahaha) so nak selamat aku pilih stuff yang general je. 


Website : sgshop.com.my

12 comments:

  1. awat semua design tu comei sangat-sangat 😱😍

    ReplyDelete
  2. wah...best nya dapat shopping di sgshop..free lagi..hehe..

    ReplyDelete
  3. suka beg yang kaler pink tuu 😍

    ReplyDelete
  4. beg yang macam ada sticker banyak2 tu IQ aim nak beli. berapa ek harga pasaran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau harga dalam malaysia ni diorang biasa jual RM25 ke atas. sarah beli kat sgshop haritu RM12.19 je

      Delete
  5. Nanti nak try juga lah beli kat sini.. kot2x ada yang berkenan.

    ReplyDelete
  6. Bestnya dapat shopping dengan sgshop. Nantilah bila2 shopping sini pulak

    ReplyDelete
  7. woww! dah dapat barangg. saya pun one of pemenang wani sukarno. 1 julai baru buat payment. tengah shipping skrg ni. tak sabar. nanti tengok review sgshop saya pulak hehehe

    ReplyDelete