26 July 2017

Baru Sem 1

Assalamualaikum

Lama betul aku ignore blog ni. Maklumlah banyak terqada' tidor huhu. Assignment pun dah keliling pinggang. Perasaan duduk asrama masa zaman universiti ni lain dengan masa sekolah menengah. Ofkos lah kan. Masa sekolah menengah semua orang terikat dengan peraturan. Baru duduk seminggu dah rasa macam setahun. Tak sabar nak tunggu minggu balik. Tapi kalau kat universiti ni sedar tak sedar rupanya dah sebulan tak balik. Tau tau je lagi three weeks nak cuti sem dah (sem pendek). So dia macam tak kisah tau dapat balik ke tak, duduk sini tetap bahagia (sebab ada phone + laptop kot hahaha).


Ni classmate aku untuk sem 1 and inshaAllah akan jadi classmate aku sampai sem 6 nanti. Dulu masa form 5 class aku ada 11 lelaki, 6 perempuan je. Masuk unisza bilangan perempuan class aku dah jadi 5 kali ganda kott hahaha pening aku perempuan kan banyak songeh and perangai. Bila nak decide something tu biasalah. Payah gak ah hahaha. Act setakat hari ni, ada gak nama classmate yang aku masih tak hafal huhu. Muka pun ada yang aku still tak kenal hihihihi. So far kitorang selalu belajar dalam dewan kuliah utama, gabung dengan course lain sebab tu ada yang masih tak kenal sesama sendiri. Cuma kalau time class english je kitorang belajar ikut course and masa tu baru perasaan, ''Ohh kau budak intrade rupanya.."

Tahun ni, seminggu aku berpuasa kat rumah (before daftar unisza). Lagi tiga minggu puasa kat unisza. Biasalah kan kalau duduk asrama ni, boleh kira berapa kali je aku sahur huhu. Paling ok pun minum seteguk air. Kat asrama takde orang nak kejut sahur macam mak aku kejut kat rumah sobs sobs. Then masa balik raya haritu, dapat jugaklah aku fefeeling konon macam orang perantau yang nak balik beraya hahaha. Yolah dari terengganu ke selangor. Naik bas mau 6-10 jam kut, ikut bas lah. Tapi aku balik naik flight haritu so tak rasa sangatlah macam perantau tu sebab dalam sejam je dah sampai rumah haha. Masa first time aku belajar naik flight sorang-sorang tu jantung aku ni dup dap laju gilo sebab takut dengan polis (pegawai kastam) yang jaga kat airport tu hahaha. Haritu aku kena marah sebab tak bawak keluar laptop masa scan bag. Tu pun nak marah. Malu aku dahlah sorang-sorang masa tu.


Simple and short story about my raya this year. Macam biasa, pagi raya ofkos kami akan ziarah kubur ayah sebelum bertolak balik ke kampung. Tahun ni kitorang beraya di johor, tapi dua hari je. Raya ketiga kitorang dah balik selangor balik dah. First sebab mak aku taknak hadap jammed, and then dalam masa dua hari tu kitorang dah habis beraya semua rumah saudara belah ayah kat johor so that kitorang bertolak balik awal. Raya aku tiap tahun takdelah hambar sangat cuma tempoh raya tu je yang sekejap untuk aku. Hari-hari lain dah jadi hari biasa balik bagi aku. Tak sedih pun cuma bersyukur :')

After raya tu, banyaklah sikit benda yang jadi. Duit pun banyak habis sebab asyik berjalan je huhu. Lepas tu sikit-sikit nak makan sikit-sikit nak makan. Mana tak habis duitnya. Setakat ni aku belum muak lagilah makan keropok lekor. Tak tau bila nak muaknya baru jimat sikit duit kot hahaha. Kat terengganu ni mall paling meriah pun mydin je. Nak beli barang apa semua kat situ.

Haritu ada sekali tu keluar dengan housemate, plan last minit. Act pagi tu aku stress + ngantuk gila nak siapkan assignment. Sampai aku keluar rumah buat tawaf keliling row blok and naik turun tangga sampai hilang ngantuk. Tapi cara ni tak berkesan sangat rupanya. Kebetulan housemate nak keluar pergi bank ngan pasar payang tengahari tu. Nasib baik aku ikut diorang keluar. Malam tu aku terus jadi semangat nak siapkan assignment sebab dah puas berjalan hahaha.


Dalam two weeks after raya tu, aku balik rumah balik (even ada kuliah sebenarnya tapi jenuh jugak nak dapat pengecualian kuliah). Aku ada latihan khusus kat ukm bangi sebelum jadi volunteer untuk sukan sea bulan 8 ni. Before masuk unisza ni, aku dah attend latihan umum masa bulan 4 tu. So, yang kali ni kira second training lah. Masa nak mintak pengecualian kat pejabat pphp tu susahnya kemain bapak. First sebab aku attend program ni anjuran luar even ada surat dari pihak sekretariat kuala lumpur and awal bulan 8 ni pulak ada final exam untuk short semester andddddd sukan sea tu bulan 8 gak. So that agak susah nak dapat pengecualian kuliah untuk weekend tu. Tapi si maisarah ni pandai membodek so dapat lah dinda balik masa tu (even assignment video english pun tak siap lagi masa tu).


Aku ada kawan gak dari intec shah alam yang join latihan ni sama tarikh dengan aku. Dah alang-alang tu aku interview dia and record vid untuk masuk dalam assignment video aku. Punya last minit kau tengah training pun sempat lagi siapkan assignment hahaha. Nak seribu daya, taknak seribu dalih huhu. Yang penting assignment kena siap. Act aku TAK PERNAH edit video tau. So aku agak confuse tau dah lah buat video last minit, nak belajar buat video tang mana pulok? Lepas godek godek laptop ni rupanya ada movie maker so aku godek godek lagi movie maker tu so akhirnya terhasillah video documentary english aku yang tiga minett tu. Masa guna movie maker ni aku memang tawakkal habis ah, first try en and cuma berharap yang video aku ni menjadi.

So kepada sesiapa yang masih noob tentang pembuatan video and tetiba dipaksa buat video untuk assignment tu aku sarankan guna ajelah movie maker tu. Tak perlu download apa-apa apps kat phone. Edit pakai phone payah weyh. Orang yang tak expert boleh terus jadi pro guna movie maker ni hahaha. Balik dari latihan tu, terus siapkan video. Aku tido pukul 3 pagi then pukul 8 pagi dah kena gerak ke airport balik sebab petang tu ada class mihmih.  Tapi tinggal subtitle jelaa tak siap lagi. Sampai unisza aku terus siapkan subtitle tu.


For the first time I record myself in a video and for the first time aku kena edit video sendiri, last minit. Act aku mana suka record record video ni lagi-lagi diri sendiri kena ada dalam video tu tapi demi markah 30% assignment tu aku relakan jua. Ni baru sem 1 beb. Nanti sem 4 kena buat short movie pulak and aku kena berlakon sekali @#$%^&*}|\?!! Tobat lah den. Ni last aku buat edit video.


geng, doakan aku makin rajin update blog lepas ni even busy study sebab aku nak apply google adsense masih tak lepas lepas lagi ni tsk tsk. 

10 July 2017

Lirik The Faith - Dengarilah (Despacito Versi Islamik Cover)

The Faith – Dengarilah (Despacito Cover)
Lirik: Ustaz Adnin
Lagu Asal: Luis Foncy, Daddy Yankee ft Justin Bieber


(Aniq)
Aku pernah
Dengar cerita
Tentang dunia
Akhir zaman ini
Betapa situasi kita diuji
Oh, teman…

Manusia terus buntu
Kebenaran tak bersatu
Dan agama
Direndahi dan dihina
Hina…

Kita terus bergaduh
Sesama sendiri
Musuh bersatu
Terus menghancuri

Hingga kita terus hanyut
Dengan dosa tanpa resah!
Keliru hak batil!
Dan arah tuju!

(Amir)
Oh! Ku,
Kadangku bertanya pada diriku
Sumbangan apa yang ku mampu laku?
Cara apa lagi yang terbaik teman?

Oh yeah,

Ya, mungkin kau rasa ini semua normal
Kau mungkin rasa takkan dipersoal
Lalu kau diam terus berpeluk tubuh…

(Aniq)
Dengarilah…
Perjuangan dakwah ini bukan mudah
Namun bukan alasan berpaling tadah
Walaupun kau ditentang kau terus tabah!

Dengarilah…
Jangan terpesona dengan putus asa
Dan terpengaruh fatamorgana dosa
Segeralah kau pinta pada Yang Esa!

(Firdaus)
Oh, tidakkah kau
Berduka melihat ummah ini?
Terus dipijak dan dihentak
Terpedaya dengan musuh!

Zina riba judi arak
Rasuah berleluasa
Dosa kecil dosa besar
Bagi mereka sama sahaja!

(Fahmi)
Oh, jiwa kau mula kelam bila
Hati turut hitam bila
Sanubari suram bila
Dan iman terbungkam bila

Kau sanggup bermaksiat
dengan tenang berjam-jam
Namun ibadah kau tak mampu
untuk berjam-jam!

Kau buka aurat tak rasa bersalah
bahkan bangga,
Buka buka buka tuk
mengejar pujian dan nama

Yang menutup aurat
pula selfie sini sana
Dan ada tak jaga
pandangan mata!

(Amir) 2x
Tenanglah tenanglah
Ku bukan menghukum
Ku hanya menegur
Untuk kau dan aku

Ku bukan sempurna
Ku hanya mengajak
Dengan harapan
Kau aku kan ke syurga

(Aniq)
Dengarilah…
Perjuangan dakwah ini bukan mudah
Namun bukan alasan berpaling tadah
Walaupun kau ditentang kau terus tabah!

Dengarilah…
Jangan terpesona dengan putus asa
Dan terpengaruh fatamorgana dosa
Segeralah kau pinta pada Yang Esa!

(Firdaus)
Oh, tidakkah kau
Berduka melihat ummah ini?
Terus dipijak dan dihentak
Terpedaya dengan musuh!

Zina riba judi arak
Rasuah berleluasa
Dosa kecil dosa besar
Bagi mereka sama sahaja!

(Aniq)
Dengarilah…
Perjuangan dakwah ini bukan mudah
Namun bukan alasan berpaling tadah
Walaupun kau ditentang kau terus tabah!

(Amir)
Tenanglah tenanglah
Ku bukan menghukum
Ku hanya menegur
Untuk kau dan aku

(Firdaus)
Dengarilah wahai teman…
Hayati dan fahamilah…

(Amir)
Tenanglah tenanglah
Ku bukan menghukum
Ku hanya menegur
Untuk kau dan aku

(Firdaus)
Dosa kecil dosa besar…

(Fahimi)
Wahai teman sampai bila?

(Aniq)
Dengarilah…

8 July 2017

REVIEW | Shopping di Website SGShop Malaysia

Assalamualaikum!


Al kisahnya suatu hari tu, aku join giveaway voucher sgshop kat blog kak wani sukarno. Last-last aku menang jugak alhamdulillah and aku dapat RM100 sgshop kredit so aku boleh shopping apa-apa kat sgshop guna kredit tu sampai habis. Masa tu eksaited kemain hahaha sebab saje nak try shopping online kat website sendiri-sendiri hahaha (first time ni huhu). Selama ni selalu guna medium ig and whatsapp je but hari tu aku guna website sgshop ni.


First and foremost, aku memang disuruh register akaun sgshop ni masa join giveaway hari tu kalau-kalau aku menang, diorang terus masukkan kredit je melalui username aku tu. So, sesiapa yang nak shopping kat sgshop ni memang disarankan untuk create akaun dulu. Then korang boleh topup kredit korang bila-bila je macam sgshop bagi aku kredit RM100, boleh je kalau aku nak topup lagi RM200 ke jadilah RM300 kredit aku tapi aku tak topup pung hehe. Kalau nak bayar direct guna online bank in ke kredit kad ke pun boleh cuma nanti ada transaction fee lah.


Act sgshop ni, barang-barang dalam website dia semua barang-barang dari taobao yang kat china tu. Kira sgshop ni agent taobao kat malaysia. Korang boleh beli barang direct dari china dengan harga yang murah melalui sgshop je. Postage fee tu ofkos lah ada and tinggi sikit sebab barang hanya akan dibawa masuk malaysia lepas korang place order je. Tapi it's worth daripada korang kena pergi china sendiri or shopping online kat website taobao yang fully chinese language haa. At least kat website sgshop korang boleh faham bahasa and harga dia macam mana and senang nak order barang. Macam hari tu aku pilih Economy Air as shipping method. Aku order sebelum raya and barang sampai lepas raya. Kira ok lah kan?


Lagi satu, cara diorang follow up customer pun sangat bagus. Sgshop akan hantar email dan hantar mesej melalui phone number tentang update terkini barang-barang yang kita order. Dekat website dia pulak, hari-hari kita boleh check update tentang order kita. Nanti barang-barang yang diorang order dari taobao dah sampai warehouse, kita perlu bayar harga postage untuk diorang hantar ke full alamat kita pulak. Haritu aku kena RM12.90 je bergantung pada berat barang yang korang order jugak. Kalau ada order yang problem, diorang akan kasi notification kat 'problematic order' tu and diorang akan hantar email dan sms.


Apa-apa hal diorang akan sentiasa update dengan customer diorang. Masa tu aku letaklah alamat unisza. Senang sikit aku nak ambik barang aku. Tapi rupanya diorang guna ninja van. Masa tu aku tengah lek lek atas katil tetiba ada orang call tanya blok aku yang mana satu sebab nak hantar barang. Orangnya dah sampai unisza cuma tak jumpa blok aku mana satu lagi. Masa tu aku gelabahlah "eh ni siapa?", "ada orang hantar hadiah kat aku ke owemjiiii!!", "eh mana tudung aku?!!". Hahaha rupanya barang sgshop. Dah lah bilik aku tingkat 5 tapi sebab eksaited nak amik barang aku turun jugaklah dengan serabai tudung macam mak nenek semua.


Aku order 4 barang je and kesemua tu adalah beg. Beg balik kampung, beg organizer dan bag kasut hahahaha. Sebab semuanya nampak comel so aku grab lah sikit-sikit tu pun jenuh aku nak choose weyh banyak design comel-comel. Murah pun murah. Masa tu memang menguji keimanan sungguh ler aku. Tak tahulah nak kata berkualiti or tak sebab banyak barang yang orang jual kat malaysia pun act diorang contact supplier dari china jugak so why not hahaha. Aku rasa kualiti sama je. Aku taknak beli baju or kasut sebab tak reti nak pilih saiz (hahahaha) so nak selamat aku pilih stuff yang general je. 


Website : sgshop.com.my