Pendaftaran Pelajar Baharu Diploma Unisza 2017

assalamualaikum

lama gila tak update hahaha. almost a week since my last entry about persediaan ke universiti. mula-mula tu memang takde masa sebab ada mms (minggu mesra siswa). bila dah habis mms tu dia jadi minggu qada' tidur + rehat pulak hahaha.

dah hampir seminggu aku kat unisza ni. hmm kadang-kadang tu ada lah jugak homesicknya cuma takdelah sampai mengalirkan ayaq mata hahaha. yelaa 6 bulan berholiday kat rumah tetiba kena masuk asrama balik, ko rasa. culture shock gitu hahaha. tapi takpe sebab aku kira bersyukur lah sebab aku ada pengalaman duduk asrama even stay asrama time sek menengah dan universiti sangat-sangatlahhhhhhh berbeda. ada ramai yang tak biasa duduk asrama dari sek menengah might be a little bit kabut sikitlah. yelah dah lah tetiba kena berpisah dengan family di bulan romadhon, kena stay sampai raya pulak tu. tapi for sure semuanya akan okay.

aku daftar 5 jun hari tu which is hari isnin. lupa pulak yang minggu tu adik-adik aku cuti mid year so tak payah shushah shushah nak suruh diorang ponteng semata-mata nak iring kakak dia yang comel ni ke universiti hikhik. kitorang gerak ke terengganu dari selangor masa hari ahad. it takes almost 5++ hours jugaklah. sian ibu drive lama benor...

esok pagi isninnya baru gi daftor.

time dah masuk pagar unisza tu act aku nebes gak tau hahaha. masa tu aku fikir, "siriesly dah kena masuk asrama balik?!!!!! oemjiii!!" tetiba rasa nak patah balik. hahaha tapi lek lek je laa. sian mak aku drive semalam jejauh nak hantar aku kat sini nak aku jadi orang berguna :')

nak daftar tu semua kena urus sendiri. family aku semua sibuk dok berselfie kat signboard unisza aku terkebil-kebil nak gi kaunter itu ini nak gi daftar hahaha.

Pendaftaran Pelajar Baharu Diploma Unisza

time daftar tu memang dari A sampai Z kita kena urus sendiri. bukan macam nak daftar masuk darjah 1 mak kena ada kat sebelah tuliskan i/c kita blablabla. tapi time aku datang takdelah ramai macam ni. ni masa awal-awal pagi. aku datang pukul 11 pagi pfft. so time aku datang tu memang lenggang lenggong ler. smooth je proses daftar aku. so lepas ni datanglah lambat macam aku hahaha. jangan! datang je awal nanti senang ada banyak masa nak kemas barang kat bilik sebab lepas daftar tu petang tu dah terus start orientasi (minggu mesra siswa) so nak ada masa kemas barang tu memang susah nak dapat.

Pendaftaran Pelajar Baharu Diploma Unisza

Pendaftaran Pelajar Baharu Diploma Unisza

btw fasi/person in charge kat sana memang ramai so jangan risau kalau ada benda tak tahu boleh tanya je. yela macam aku ni bolehlah nak dikatakan first time jugak uruskan pendaftaran apa semua sendiri. bila tak paham aku tanya sesapa yang ada kat situ. diorang tak makan aku pun sebab diorang semua tengah puasa time tu. hahaha.

Pendaftaran Pelajar Baharu Diploma Unisza

lepas habis daftar semua, dia terus bagi kunci bilik. so pergilah kami ke kolej kediaman dia. asrama unisza ada dua jenis satu yang lama satu yang baru. untuk batch aku diploma baru ni semua dapat asrama baru. asrama baru dia lain sikit, dia macam apartment. satu rumah ada lima bilik. satu bilik dua orang.

dah lah masa daftar ni bulan ramadhan. family semua puasa, tengok diorang tolong angkatkan barang aku berat-berat naik ke bilik aku tingkat 5 tu sumpah rasa bersalah gila. tapi nak angkat sensorang aku tak larat lah pulak hahaha. sihat aku hari-hari naik turun lima tingkat. nasiblah aku dapat bilik tingkat 5 agagagagaga.

lepas je aku pasang cadar kat katil semua berhimpit anak-beranak baring atas katil. penat kut kesian diorang :')

Pendaftaran Pelajar Baharu Diploma Unisza

memula aku ingatkan aku takde roomate tsk tsk rupanya dia tak masuk bilik lagi sebab pergi beli barang hahaha. baru nak nangis. takut kena tidur sorang-sorang dahlah tempat baru hahaha. asrama baru ni okay gak ah. almari besor. meja belajar beso. senang cerita in good condition laa. tapi takdelah asrama lama tu dhoif sangat pun. cuma kalau dapat asrama baru ni ok sikit lah lebih selesa. lagipun asrama baru lagi luas daripada asrama lama.

aku pernah gak tengok gamba asrama lama dekat blog orang lain. sebelum aku masuk unisza ni aku rajin betul baca blog-blog senior semua pasal unisza hahaha punya semangat aku nak tahu pasal unisza. takpe ah at least aku dah kenal unisza sikit-sikit. kiranya even aku tak pernah singgah tengok asrama lama macam mana rupa dia tapi aku dah tengok kat blog senior-senior sebelum ni.

so, bersyukur lah kalian yang mendapat asrama baru huhu. nanti aku dah senior sikit mungkin akan mengikut jejak langkah senior-senior lain yang terpaksa berpindah ke asrama lama masuk sem 4 nanti huhu.

mula-mula tu act perasaan takut, malas, tak selesa dengan surrounding tu mestilah ada. dengan tak kenal sape-sape kat sini. tapi bila fikir balik, masa aku mula-mula masuk asrama time sekolah menengah dulu pun aku pernah rasa macam ni. tapi aku tahan je homesick aku masa form 1 tu sebab bila fikir balik pengorbanan ibu susah payah kerja siang malam nak sekolahkan aku. kau tak tahu masa awal tahun form 1 tu hari-hari aku nanges nak balik rumah hahaha. but at the end aku dah habis spm pun kat sekolah tu. so kalau aku buat benda yang sama kat sini, lama-lama okay lah tu hihi. aku sentiasa percaya kata-kata senior kat sini,

"ala, diploma dua tahun sekejap sangat."

sebab masa aku form 1 masuk asrama pun, senior ada bagitahu aku,

"ala, sekolah 5 tahun duduk asrama sekejap sangat."

so, hidup memang kejap je pun :')

5 comments:

  1. cantik asrama tu.. dapat almari besar lagi tu

    - www.maisarahsidi.com -

    ReplyDelete
  2. Asalam done follow datang dari laman Abam ya

    ReplyDelete
  3. Wish you all the best for your studies Sarah ❤

    ReplyDelete
  4. kejap je belajar..saya dulu masuk uitm tahun 2002..tak pernah berpisah dengan keluarga, tapi saya tak nangis..biasa je walaupun ramai kawan nangis..
    zaman tu handphone pon takde..nak call mak kena guna public phone..beratur panjang kat public phone..siap kumpul syilling sebab nak call mak

    ReplyDelete
  5. Kejap je dah daftar belajar ye.. all the best for your stuff ye.. terus bersemangat tau.. kejap je.. hehehe

    ReplyDelete