20 June 2017

Minggu Orientasi Pelajar Baharu Diploma Unisza (Minggu Mesra Siswa)

assalamualaikum

haa lama betul nak create entry pasal orientasi unisza. dah tiga minggu aku kat sini, baru 'berkesempatan' nak berpotpetpotpet pasal orientasi hahaha punyalah males aku. entry sebelum ni pun yang aku cerita pasal hari pendaftaran aku tu pun takes 1 week nak publish. hahahaha.

btw minggu orientasi kat unisza orang tak panggil  o r i e n t a s i  tapi orang panggil minggu mesra siswa. bermesra-mesra dengan para siswa/siswazah lain gitu hahaha. kalau macam uitm diorang sebut mds maksudnya minggu destini siswa tak silap. tempat lain tak tahu pulak den.

time mms ni tak penat sangat pun act. banyak aktiviti dalam dewan je. yelah lagi pun tengah puasa kan takkan nak disuruh kawad kat padang kut. aktiviti kitorang dalam dewan banyak cerita pasal pengenalan universiti.

*soaring upwards. siapa lah yang kat atas tu hahahahaha.

dia ceramah pasal macam mana nak daftar kursus, daftar koko, sign aku janji pelajar then baca ikrar secara jema'oh. so lepas ni kalau kurang faham boleh tanya senior/lecturer je sebab benda-benda basic pasal universiti dah diterangkan masa mms.. buat medical check up pun ada. yang medical check up ni setengah ipta boleh buat kat klinik ipta tu sendiri, ada yang kena buat sendiri kat klinik luar. untuk medical check up kat sini kitorang bayar RM40 so medical check up pun kitorang kena buat berjema'oh (beramai-ramai).


ikrar pelajar diketuai oleh wakil pelajar antara kami. wakil pelajar yang baca ikrar tu dia volunteer diri dia sendiri tak silap. so lepas ni sesapa nak jadi pemimpin rajin-rajinlah volunteer kan diri sendiri even macam muka tak malu ke apa tapi bagus ah. sebab orang lain tak kenal kebolehan diri korang yang baru jumpa so bak kata cikgu-cikgu dulu, 'tonjolkan kebolehan anda'. wuuu.

btw baju korporat tu semua student baru memang akan dapat. harga baju tu dah masuk sekali dengan yuran pendaftaran tak silap. kami panggil baju tu baju minion haha. 

 macam beshe fasi unit multimedia mesti akan cari 'mangsa' diorang so 'bertuah' gak lah siapa yang tido time ceramah tu hahaha.


makan minum kitorang sepanjang mms ni semua disediakan sebab memang dah bayar sekali time pendaftaran pun. tapi makan sahur dengan makanan berbuka jelaa lunch mana de hahaha. act kitorang berbuka dan sahur kat kafe so ada meja. tapi disebabkan masa tu aku turun lambat so kena laa makan bawah khemah atas kerusi je huhu. sebab student memang ramai gila. sampai nak roboh cafe. hahaha takdela.

kucing tu pun nak tompang kami bersahur

tapi en, nasi dia sumpah banyak gila. aku makan tak pernah habis. ni kalau kawan sek men aku baca ni mesti kena perli ni grr. eh tapi siyes banyak nasi dia. satu bekas tu boleh buat makan sahur DAN berbuka hahaha. paling rajin nak turun makan mesti ah time nak berbuka. tapi paling malas nak turun comfirmlah time sahur bhahaha. bilik tingkat 5 kut. kadang rasa nak terbang je dari atas tu ke bawah cepat sikit sampai ke tanah. tapi aku sure bukan setakat sampai ke tanah, siap 'masuk' dalam tanah pun boleh kalau dah ajal hm. turun sahur pukul 4.30 pagi camtu, then makan reramai. pastu fasi bawak ke surau ikut group masing-masing untuk solat subuh jemaah.

kalau yang ma'zurah (period) diorang akan kumpulkan macam kat satu dewan ni. buatlah aktiviti apa-apa. kadang-kadang fasi buat sharing. kadang-kadang (lelagi time subuh) fasi kasi kitorang sambung tido ahahaha dengan baju korporat nya semua terlentang tido. kalau time maghrib sampai habis terawih tu biasa tengok movie or buat sesi Q&A sikit hihi.

moana

tapi biasa yang solat subuh tu, lepas solat ada baca yasin and then ada banyak masa gak bagi siapa nak sambung tido haahaha. everything is about qada' tido. tiada apa yang lebih indah melainkan dapat tido time mms sebab memang ngantuks gila. fasi apatah lagi, siap ada yang tak tido semata-mata nak make sure mms berjalan lancar :') *huge

post mortem para fasi. *sori curi gambar akak/abang fasi kat twitter huhu

sedikit tazkirah dari fasi. gambar credit to owner twitter student unisza hahah tak ingat username sorry.

selalu nak ke mana-mana memang akan bergerak dalam barisan panjang gila vaveng ikut blok asrama #semuasibukdenganphone


ada satu taklimat tu dia cerita pasal sufian suhaimi. baru tahu dia student sini dulu hahahahaha and ada satu lagu dia tu liriknya dibuat di unisza. time tu yang dengar semua macam,

''siyes ah?"
"siyes ah???"
"siyes ahh????"

orang tu siap pesan lagi, siapa nak jadi penyanyi macam sufian suhaimi boleh lah mendaftarkan diri di pusat seni unisza muahahah. tapi gamba dia aku taknak lah letak besar-besar sangat macam gamba dalam blog ni. ni aku nak cerita pasal unisza bukan pasal dia muehehe.


selain sufian suhaimi (HAHAHAHA), ni time forum bersama tokoh-tokoh siswa iaitu saudara aziamy dan saudara anas. diorang bagi macam-macam nasihat dan kata-kata semangat untuk kami yang masih 'baru' di sini. 


ni time last day sebelum mms habis. time ni kitorang perlu buat sambutan ala-ala nak appreciate para fasi lah yang sanggup tak tido, kejut kitorang sahur guna siren + lagu raya (ramai bangun pagi nak nangis dengor lagu raya teringat family kat kampung hahahaa), yang hari-hari tanya kami "ada yang sakit tak?", sanggup carikan ubat even selesema or pening sikit je, yang terkejar sana-sini nak uruskan itu ini :')

semua bukak torchlight kat phone memasing pastu lambai-lambai sambil bukak lagu flashlight adelelelelele dengan dewan yang malap-malap gitu. sweet.

satu hari nanti aku pulak jadi fasi hahahaha *nantikan #bahuditanganmatakeatas


satu benda yang paling femes time mms and paling banyak isu dipersoalkan menggunakan hashtag #UniSZAPastuTahu di twitter ialah suhu dalam dabs (dewan al-muktafi billah shah). ko berdiri je kat pintu dewan tu dah rasa macam duduk kat kutub utara. apatah lagi bila berjam-jam duduk dalam dabs dengor taklimat. so no wonder lah kalau ramai gila buat lawatan ke tandas every 30 minutes and ramai tak reti duduk diam. yang perempuan bolehlah nak cover dengan telekung kalau ada dalam beg. yang lelaki? hahaha. fasi/senior ramai cakap diorang jawab exam dalam dewan ni major pakai baju macam tengah bercuti kat overseas hahaha jaket wajib tebal kalau taknak keluar dewan awal and jawab exam dengan aman dan tenang.

mms ni tak lama pun. dalam 4 hari macam tu. tapi rasa macam lama sangat sebab aku tunggu je bila aku boleh qada' tidur. lepas habis tu memang ramai terbongkang kat asrama weyh T_T 

habis makruh puasa kitorang sebab banyak tido hahaha #astaghfirullah

at first, biasalah semua macam still ting tong lagi pasal universiti semua. sebab universiti tak sama macam sekolah menengah even dulu ko pernah duduk asrama time sek menengah. haa nanti aku cerita tang lain. i nak tido dah ni.

kaylah. lepas ni sambung cerita lain pulak. thank you lah sudi baca even aku nak menulis pun males huhu.

11 comments:

  1. hahaha korang punya orientasi berapa hari je ? and banyak tak LDK ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. orientasi ktrg dalam 4 hari je and LDK pun takde langsung tak silap sebab mostly aktiviti kitorang dalam dewan je dengor ceramah + taklimat pasal unisza. jadi silalah masuk unisza time bulan puasa hahahaha

      Delete
  2. Bestnyavminggu orientasi.
    Berkenalan dgn ramai orabg. Selamat hari raya.

    ReplyDelete
  3. Semoga terus berjaya dalam bidang yg diceburi.. :)

    ReplyDelete
  4. akak dah berjaya follow sini. semoga awak berjaya menjadi pelajar cemerlang. best of luck untuk awak

    ReplyDelete
  5. semoga mencapai apa yang awak hajati.
    btw sy dulu graduan umt.jiran kan

    ReplyDelete
  6. kalau insaniah panggil MSR, nama panjang x ingat 😂

    ReplyDelete
  7. Teringat pulak jaman jaman mms dlu...hahaha qada tido tu wajib....saya selalu tido sementara tunggu subuh kat surau tau...haha

    ReplyDelete