20 June 2017

Minggu Orientasi Pelajar Baharu Diploma Unisza (Minggu Mesra Siswa)

assalamualaikum

haa lama betul nak create entry pasal orientasi unisza. dah tiga minggu aku kat sini, baru 'berkesempatan' nak berpotpetpotpet pasal orientasi hahaha punyalah males aku. entry sebelum ni pun yang aku cerita pasal hari pendaftaran aku tu pun takes 1 week nak publish. hahahaha.

btw minggu orientasi kat unisza orang tak panggil  o r i e n t a s i  tapi orang panggil minggu mesra siswa. bermesra-mesra dengan para siswa/siswazah lain gitu hahaha. kalau macam uitm diorang sebut mds maksudnya minggu destini siswa tak silap. tempat lain tak tahu pulak den.

time mms ni tak penat sangat pun act. banyak aktiviti dalam dewan je. yelah lagi pun tengah puasa kan takkan nak disuruh kawad kat padang kut. aktiviti kitorang dalam dewan banyak cerita pasal pengenalan universiti.

*soaring upwards. siapa lah yang kat atas tu hahahahaha.

dia ceramah pasal macam mana nak daftar kursus, daftar koko, sign aku janji pelajar then baca ikrar secara jema'oh. so lepas ni kalau kurang faham boleh tanya senior/lecturer je sebab benda-benda basic pasal universiti dah diterangkan masa mms.. buat medical check up pun ada. yang medical check up ni setengah ipta boleh buat kat klinik ipta tu sendiri, ada yang kena buat sendiri kat klinik luar. untuk medical check up kat sini kitorang bayar RM40 so medical check up pun kitorang kena buat berjema'oh (beramai-ramai).


ikrar pelajar diketuai oleh wakil pelajar antara kami. wakil pelajar yang baca ikrar tu dia volunteer diri dia sendiri tak silap. so lepas ni sesapa nak jadi pemimpin rajin-rajinlah volunteer kan diri sendiri even macam muka tak malu ke apa tapi bagus ah. sebab orang lain tak kenal kebolehan diri korang yang baru jumpa so bak kata cikgu-cikgu dulu, 'tonjolkan kebolehan anda'. wuuu.

btw baju korporat tu semua student baru memang akan dapat. harga baju tu dah masuk sekali dengan yuran pendaftaran tak silap. kami panggil baju tu baju minion haha. 


 macam beshe fasi unit multimedia mesti akan cari 'mangsa' diorang so 'bertuah' gak lah siapa yang tido time ceramah tu hahaha.


makan minum kitorang sepanjang mms ni semua disediakan sebab memang dah bayar sekali time pendaftaran pun. tapi makan sahur dengan makanan berbuka jelaa lunch mana de hahaha. act kitorang berbuka dan sahur kat kafe so ada meja. tapi disebabkan masa tu aku turun lambat so kena laa makan bawah khemah atas kerusi je huhu. sebab student memang ramai gila. sampai nak roboh cafe. hahaha takdela.

kucing tu pun nak tompang kami bersahur

tapi en, nasi dia sumpah banyak gila. aku makan tak pernah habis. ni kalau kawan sek men aku baca ni mesti kena perli ni grr. eh tapi siyes banyak nasi dia. satu bekas tu boleh buat makan sahur DAN berbuka hahaha. paling rajin nak turun makan mesti ah time nak berbuka. tapi paling malas nak turun comfirmlah time sahur bhahaha. bilik tingkat 5 kut. kadang rasa nak terbang je dari atas tu ke bawah cepat sikit sampai ke tanah. tapi aku sure bukan setakat sampai ke tanah, siap 'masuk' dalam tanah pun boleh kalau dah ajal hm. turun sahur pukul 4.30 pagi camtu, then makan reramai. pastu fasi bawak ke surau ikut group masing-masing untuk solat subuh jemaah.

kalau yang ma'zurah (period) diorang akan kumpulkan macam kat satu dewan ni. buatlah aktiviti apa-apa. kadang-kadang fasi buat sharing. kadang-kadang (lelagi time subuh) fasi kasi kitorang sambung tido ahahaha dengan baju korporat nya semua terlentang tido. kalau time maghrib sampai habis terawih tu biasa tengok movie or buat sesi Q&A sikit hihi.

moana

tapi biasa yang solat subuh tu, lepas solat ada baca yasin and then ada banyak masa gak bagi siapa nak sambung tido haahaha. everything is about qada' tido. tiada apa yang lebih indah melainkan dapat tido time mms sebab memang ngantuks gila. fasi apatah lagi, siap ada yang tak tido semata-mata nak make sure mms berjalan lancar :') *huge

post mortem para fasi. *sori curi gambar akak/abang fasi kat twitter huhu

sedikit tazkirah dari fasi. gambar credit to owner twitter student unisza hahah tak ingat username sorry.

selalu nak ke mana-mana memang akan bergerak dalam barisan panjang gila vaveng ikut blok asrama #semuasibukdenganphone


ada satu taklimat tu dia cerita pasal sufian suhaimi. baru tahu dia student sini dulu hahahahaha and ada satu lagu dia tu liriknya dibuat di unisza. time tu yang dengar semua macam,

''siyes ah?"
"siyes ah???"
"siyes ahh????"

orang tu siap pesan lagi, siapa nak jadi penyanyi macam sufian suhaimi boleh lah mendaftarkan diri di pusat seni unisza muahahah. tapi gamba dia aku taknak lah letak besar-besar sangat macam gamba dalam blog ni. ni aku nak cerita pasal unisza bukan pasal dia muehehe.


selain sufian suhaimi (HAHAHAHA), ni time forum bersama tokoh-tokoh siswa iaitu saudara aziamy dan saudara anas. diorang bagi macam-macam nasihat dan kata-kata semangat untuk kami yang masih 'baru' di sini. 


ni time last day sebelum mms habis. time ni kitorang perlu buat sambutan ala-ala nak appreciate para fasi lah yang sanggup tak tido, kejut kitorang sahur guna siren + lagu raya (ramai bangun pagi nak nangis dengor lagu raya teringat family kat kampung hahahaa), yang hari-hari tanya kami "ada yang sakit tak?", sanggup carikan ubat even selesema or pening sikit je, yang terkejar sana-sini nak uruskan itu ini :')

semua bukak torchlight kat phone memasing pastu lambai-lambai sambil bukak lagu flashlight adelelelelele dengan dewan yang malap-malap gitu. sweet.

satu hari nanti aku pulak jadi fasi hahahaha *nantikan #bahuditanganmatakeatas


satu benda yang paling femes time mms and paling banyak isu dipersoalkan menggunakan hashtag #UniSZAPastuTahu di twitter ialah suhu dalam dabs (dewan al-muktafi billah shah). ko berdiri je kat pintu dewan tu dah rasa macam duduk kat kutub utara. apatah lagi bila berjam-jam duduk dalam dabs dengor taklimat. so no wonder lah kalau ramai gila buat lawatan ke tandas every 30 minutes and ramai tak reti duduk diam. yang perempuan bolehlah nak cover dengan telekung kalau ada dalam beg. yang lelaki? hahaha. fasi/senior ramai cakap diorang jawab exam dalam dewan ni major pakai baju macam tengah bercuti kat overseas hahaha jaket wajib tebal kalau taknak keluar dewan awal and jawab exam dengan aman dan tenang.

mms ni tak lama pun. dalam 4 hari macam tu. tapi rasa macam lama sangat sebab aku tunggu je bila aku boleh qada' tidur. lepas habis tu memang ramai terbongkang kat asrama weyh T_T 

habis makruh puasa kitorang sebab banyak tido hahaha #astaghfirullah

at first, biasalah semua macam still ting tong lagi pasal universiti semua. sebab universiti tak sama macam sekolah menengah even dulu ko pernah duduk asrama time sek menengah. haa nanti aku cerita tang lain. i nak tido dah ni.

kaylah. lepas ni sambung cerita lain pulak. thank you lah sudi baca even aku nak menulis pun males huhu.

16 June 2017

Tak Cukup Baju Nak Melaram di Pagi Raya?

Assalamualaikum

Alhamdulillah kita dah sampai ke 10 ramadhan yang terakhir dan moga-moga ni bukanlah ramadhan yang terakhir kita. Moga Allah panjangkan umur kita untuk sampai ke ramadhan tahun depan inshaAllah. Disebabkan raya nak dekat, soalan 'cliche' yang aku nak tanya,

'macam mana persiapan raya?'

Hahaha. Dalam banyak-banyak persiapan raya yang korang patut amik berat, yang paling 'ter'ambik berat sekali mesti baju raya. Beli tiga helai baju baru pun rasa resah gelisah je sebab nebess nak pakai time raya hahaha (ada eh?).

Untuk tahun ni, family aku macam biasa memang tak ada warna tema untuk baju. Sebab kami masing-masing ada warna yang kami tak berkenan nak pakai and ada warna yang kami gila sangat nak pakai. Kalau pilih satu warna je, mesti akan ada yang bergaduh or bermasam muka di pagi raya hahaha. So, jalan penyelesaian untuk family macam aku ni, pilih CORAK yang sama. Settle bhahaha. Cuma warna je boleh pilih ikut warna feveret memasing. Sweet kan kami?


Act baju raya kitorang aku tak tahu lagi apa khabarnya di sana (dekat tailor) hahahaha. Tu pun mak aku sent gambar kat whatsapp. Sebab aku masih di terengganu belum balik selangor lagi. Tapi design kain baju raya kitorang ala-ala floral theme. Corak floral tu ada di keliling hujung kain. Adik-adik aku yang tiga orang tu memasing buat jubah dan dress. Aku ngan mak aku je memilih untuk buat baju kurung simple. Moto kami hanyalah biar simple janji selesa. Hihi. Tapi warna baju raya kitorang semua lawa-lawa. Rasa macam semua kain tu nak buat baju aku sorang je ahahahahah.

Tak Cukup Baju Nak Melaram di Pagi Raya?

Takpe, baju raya tak cukup takpe. Kita boleh tambah baju nak melaram time raya nanti kat Lazada. Sebab apa? Sebab diorang tengah buat sale gila kaw kaw sampai 80% untuk kita semua shopping pakaian raya kita buat mana yang masih 'tak cukup' baju raya tu ahahaha. Sale ni sampai 27 Jun je tau! Baik cepat! Lambat nanti sampai lambat baju raya korang menangis kat bucu rumah.

Aku pun tak ketinggalan juge ler nak ushar ushar sale lazada ni mana acii korang je dapat diskaun. Banyak gilaaaaa yang menambat hati aku tsk tsk :')

Tak Cukup Baju Nak Melaram di Pagi Raya?

Antaranya yang ni. Mana nak dapat weyh baju kurung lawo dan berkualiti 46 hengget je! Maka rugilah bagi rakyat malaysia yang tak mengambil kesempatan terhadap diskaun harga nenek jimat ni before last day sale ish ish ish. Nanti bila pakai time raya ada sedara tanya, "wah lawanya baju. beli mana?". Cakap je, ''i beli kat lazada time sale" dengan muka bangga. Kompem diorang jeles sebab dapat baju lawa dengan harga yang muroh gila.

Tak Cukup Baju Nak Melaram di Pagi Raya?

Act korang boleh dapat macam-macam lagi dengan Riang Raya Sale Lazada. Macam telekung, hijab, kurung wear, jubah, baju raya anak, and macam-macam lagi. Tak payah susah-susah suruh laki hang jadi pak guard depan butik nak tunggu korang pilih baju raya. Di lazada, semuanya ada kat hujung jari je. Cari jelah apa yang korang nak. Jarang orang buat sale baju raya sampai 80% kut.

So korang tak perlu risau kalau dah nak dekat raya tapi baju raya masih tak cukup. Or baju raya anak-anak laki bini tak sempat nak beli lagi apatah lagi nak tempah jahit. Beli je kat Lazada senang. Tak payah korang susah payah harungi hiruk piruk jam kat jalan raya semata-mata nak memperjuangkan baju raya korang. 

Mengapa pilih jalan susah sedangkan jalan senang dah terbentang luas depan mata? :/


Shop Your Raya Look with Discount up to 80%


Untuk pengetahuan korang jugak, Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Raya Sale ni berlangsung daripada 19 May sehingga 30 Jun di mana korang boleh dapatkan speacial diskaun sehingga 90%!

Jom terjah sekarang sebelum tarikh tutup, http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya

11 June 2017

Pendaftaran Pelajar Baharu Diploma Unisza

assalamualaikum

lama gila tak update hahaha. almost a week since my last entry about persediaan ke universiti. mula-mula tu memang takde masa sebab ada mms (minggu mesra siswa). bila dah habis mms tu dia jadi minggu qada' tidur + rehat pulak hahaha.

dah hampir seminggu aku kat unisza ni. hmm kadang-kadang tu ada lah jugak homesicknya cuma takdelah sampai mengalirkan ayaq mata hahaha. yelaa 6 bulan berholiday kat rumah tetiba kena masuk asrama balik, ko rasa. culture shock gitu hahaha. tapi takpe sebab aku kira bersyukur lah sebab aku ada pengalaman duduk asrama even stay asrama time sek menengah dan universiti sangat-sangatlahhhhhhh berbeda. ada ramai yang tak biasa duduk asrama dari sek menengah might be a little bit kabut sikitlah. yelah dah lah tetiba kena berpisah dengan family di bulan romadhon, kena stay sampai raya pulak tu. tapi for sure semuanya akan okay.

aku daftar 5 jun hari tu which is hari isnin. lupa pulak yang minggu tu adik-adik aku cuti mid year so tak payah shushah shushah nak suruh diorang ponteng semata-mata nak iring kakak dia yang comel ni ke universiti hikhik. kitorang gerak ke terengganu dari selangor masa hari ahad. it takes almost 5++ hours jugaklah. sian ibu drive lama benor...

esok pagi isninnya baru gi daftor.

time dah masuk pagar unisza tu act aku nebes gak tau hahaha. masa tu aku fikir, "siriesly dah kena masuk asrama balik?!!!!! oemjiii!!" tetiba rasa nak patah balik. hahaha tapi lek lek je laa. sian mak aku drive semalam jejauh nak hantar aku kat sini nak aku jadi orang berguna :')

nak daftar tu semua kena urus sendiri. family aku semua sibuk dok berselfie kat signboard unisza aku terkebil-kebil nak gi kaunter itu ini nak gi daftar hahaha.

Pendaftaran Pelajar Baharu Diploma Unisza

time daftar tu memang dari A sampai Z kita kena urus sendiri. bukan macam nak daftar masuk darjah 1 mak kena ada kat sebelah tuliskan i/c kita blablabla. tapi time aku datang takdelah ramai macam ni. ni masa awal-awal pagi. aku datang pukul 11 pagi pfft. so time aku datang tu memang lenggang lenggong ler. smooth je proses daftar aku. so lepas ni datanglah lambat macam aku hahaha. jangan! datang je awal nanti senang ada banyak masa nak kemas barang kat bilik sebab lepas daftar tu petang tu dah terus start orientasi (minggu mesra siswa) so nak ada masa kemas barang tu memang susah nak dapat.

Pendaftaran Pelajar Baharu Diploma Unisza

Pendaftaran Pelajar Baharu Diploma Unisza

btw fasi/person in charge kat sana memang ramai so jangan risau kalau ada benda tak tahu boleh tanya je. yela macam aku ni bolehlah nak dikatakan first time jugak uruskan pendaftaran apa semua sendiri. bila tak paham aku tanya sesapa yang ada kat situ. diorang tak makan aku pun sebab diorang semua tengah puasa time tu. hahaha.

Pendaftaran Pelajar Baharu Diploma Unisza

percayalah. mereka sangat prihatin terhadap kita sepanjang minggu mesra. setiap hari akan ditanya,

"ada sesiapa sakit tak?"

:')

lepas habis daftar semua, dia terus bagi kunci bilik. so pergilah kami ke kolej kediaman dia. asrama unisza ada dua jenis satu yang lama satu yang baru. untuk batch aku diploma baru ni semua dapat asrama baru. asrama baru dia lain sikit, dia macam apartment. satu rumah ada lima bilik. satu bilik dua orang.

dah lah masa daftar ni bulan ramadhan. family semua puasa, tengok diorang tolong angkatkan barang aku berat-berat naik ke bilik aku tingkat 5 tu sumpah rasa bersalah gila. tapi nak angkat sensorang aku tak larat lah pulak hahaha. sihat aku hari-hari naik turun lima tingkat. nasiblah aku dapat bilik tingkat 5 agagagagaga.

lepas je aku pasang cadar kat katil semua berhimpit anak-beranak baring atas katil. penat kut kesian diorang :')

Pendaftaran Pelajar Baharu Diploma Unisza

memula aku ingatkan aku takde roomate tsk tsk rupanya dia tak masuk bilik lagi sebab pergi beli barang hahaha. baru nak nangis. takut kena tidur sorang-sorang dahlah tempat baru hahaha. asrama baru ni okay gak ah. almari besor. meja belajar beso. senang cerita in good condition laa. tapi takdelah asrama lama tu dhoif sangat pun. cuma kalau dapat asrama baru ni ok sikit lah lebih selesa. lagipun asrama baru lagi luas daripada asrama lama.

aku pernah gak tengok gamba asrama lama dekat blog orang lain. sebelum aku masuk unisza ni aku rajin betul baca blog-blog senior semua pasal unisza hahaha punya semangat aku nak tahu pasal unisza. takpe ah at least aku dah kenal unisza sikit-sikit. kiranya even aku tak pernah singgah tengok asrama lama macam mana rupa dia tapi aku dah tengok kat blog senior-senior sebelum ni.

so, bersyukur lah kalian yang mendapat asrama baru huhu. nanti aku dah senior sikit mungkin akan mengikut jejak langkah senior-senior lain yang terpaksa berpindah ke asrama lama masuk sem 4 nanti huhu.

mula-mula tu act perasaan takut, malas, tak selesa dengan surrounding tu mestilah ada. dengan tak kenal sape-sape kat sini. tapi bila fikir balik, masa aku mula-mula masuk asrama time sekolah menengah dulu pun aku pernah rasa macam ni. tapi aku tahan je homesick aku masa form 1 tu sebab bila fikir balik pengorbanan ibu susah payah kerja siang malam nak sekolahkan aku. kau tak tahu masa awal tahun form 1 tu hari-hari aku nanges nak balik rumah hahaha. but at the end aku dah habis spm pun kat sekolah tu. so kalau aku buat benda yang sama kat sini, lama-lama okay lah tu hihi. aku sentiasa percaya kata-kata senior kat sini,

"ala, diploma dua tahun sekejap sangat."

sebab masa aku form 1 masuk asrama pun, senior ada bagitahu aku,

"ala, sekolah 5 tahun duduk asrama sekejap sangat."

so, hidup memang kejap je pun :')

3 June 2017

Persiapan ke Universiti

Assalamualaikum

Fuhh.

Masa 15 Mei haritu, result upu dah keluar. First choice aku, aku isi UIA untuk program asasi. Tak tahu kenapa aku konpiden giler dapat uia. First sebab asasi. Second sebab uia. Third sebab course ekonomi dan pengurusan. Fourth sebab aku teringin nak jadi student uia ngehngeh hahaha. Last last aku dapat Unisza.... the second choice. Aku pun tak tahu kenapa aku pilih unisza. Masa tu aku main 'bantai' je isi sebenarnya janji course yang aku bolehlah nak dikatakan minat. Masa isi borang upu aku memang tak isi borang politeknik so ofcoslah i tak dapat poli.

Aku memang tolak awal-awal semua course yang berkaitan sains mak nenek tu. Sorry i tak minat sains. I minat bisnes and pengurusan. So i've got this course.

Diploma Perdagangan Antarabangsa a.k.a Diploma InTrade (International Trading).

Kalau korang dengar nama unisza mesti pelik kan? Aku pun sama HAHAHAHA. Sebab jarang dengar and tak famous sangat. Orang katalah. Takpe, since aku akan jadi seorang mahasiswi unisza so aku akan famouskan unisza di seluruh alam semester (semesta). Kah.

Act sebelum tu aku dah dapat matrik. Kolej Matrikulasi Teknikal di Johor. Mak aku suruh terima matrik je if tak dapat upu en. Tapi aku taknak sebab aku tak minat teknikal sebenarnya. Engineering-engineering semua ni act aku tak minat tapi time form 5 aku masuk kelas teknikal pulok hahaha. Tapi bersyukur lah jugak aku dapat unisza. Takyah aku masuk matrik kihkih.

Untuk program diploma aku ni ambil masa dua tahun. Okay ah tu en. Aku ingat 3 tahun macam lama sangat je nanti kawan-kawan aku yang amik matrik ngan asasi dah nak sambung degree aku diploma pun tak habis lagi. Takpe ah, belajar takyah berlumba sangat siapa pandai siapa tak. Yang penting belajar.

Lepas aku dapat tawaran ni, aku saje saje jelaa tweet kat twitter yang aku dapat unisza, course blablabla. Rupanya berguna gak aku tweet camtu. Nanti ada senior-senior yang tegur say congrats laa welcome to the club laa hahaha, boleh tanya macam-macam like daftar nanti pakai baju apa, apa barang harem kat sana, asramanya macam mana, or anything about unisza.

And lagi satu kalau ada orang yang sebaya dengan kita dapat course + universiti yang sama, awal-awal dah boleh cari kawan. So memang berguna tweet tawaran korang kat twitter. Tapi gaya tweet janganler macam riak bebenor. Kena jaga perasaan kawan-kawan lain yang tak dapat tawaran jugak tau. Tweet sekadar nak cari kawan or senior cukup ler.

So, dari tarikh tawaran aku tu, aku ada lebih kurang tak sampai sebulan je untuk buat persiapan. Tapi budak-budak uitm diorang daftar awal kot. Hari isnin dapat tawaran, ahad minggu tu jugak dah kena daftar. Kawan-kawan aku yg dapat uitm ramai kelam kabut jugak ah. Tapi budak-budak uitm lepas habis orientasi seminggu diorang dapat cuti seminggu berpuasa kat rumah dengan family. Then kena balik asrama balik.

Aku daftar sekali dengan budak-budak matrik isnin ni. So kitorang memang dah seminggu lebih puasa kat rumah, so lepas ni aku balik time raya je. Aku tak boleh bayangkan macam mana perasaan tak balik rumah berbulan-bulan sobs sobs. Selama ni time sek menengah duduk asrama boleh balik tiap 2 minggu. Paling lama sebulan. Lagipun rumah memang dekat giler.

Skang ni, rumah mak aku kat selangor, universiti aku kat tewengganu huhu. Ibu suruh ulang-alik naik flight je sebab sana mana ada ktm. Naik bas satu hari lama gila. So memang aku mungkin akan jarang balik sebab flight pun bukannya murah sangat. Takpe ah :'))

Ada sehari tu, aku call bendahari unisza tu nak tanya pasal yuran pengajian blablabla. Tapi aku tak tahu kenapa aku amik masa lama gilerrrrrrr nak paham apa dia cakap tu tsk tsk. Loghat terengganu aku mana reti. Habehlah aku. Aku banyak kali try loghat ganu pun berbelit-belit dah hahaha. Takpe, nanti jangan pelik kalau lepas dua tahun nanti aku blogging dalam loghat ganu pulak hahaha jkjk.

Buat masa sekarang, biasiswa belum ada. Or mungkin aku memang takkan dapat. Tapi takpe ah mak aku masih mampu bayor guna duit kwsp dia. And sekarang aku masih dalam proses untuk mohon hadiah RM1000 dari kerajaan selangor dan mungkin aku akan buat pinjaman negeri gak. Setahun pinjaman dalam RM4000+ gitu. Haa yang hadiah RM1000 tu khas untuk student yang sambung diploma and pendapatan RM3000 ke bawah tak silap. Untuk matrik dan asasi takdo. Sebab orang kata diploma banyak guna duit. Takpe kita tunggu.

So far yuran pengajian aku ni, yang aku tahu ler...

Untuk sem panjang : RM1000++
Untuk sem pendek : RM800++

Dua tahun ada 6 sem. 4 sem panjang dan 2 sem pendek. Lebih kurang dua tahun aku ni makan RM6000 lebih kut.

Ntoh ye kot. Okay letuw yurannya. Dulu aku duduk asrama time sekolah menengah yuran asrama semua setahun RM1000 lebih je.

Aku tak boleh bayangkan orang yang masuk utp satu sem dekat RM20k yuran dia agagagagagaga getoq kaki nak bayor kut. Untuk diploma je around RM80k. Kalau dapat biasiswa tenanglah hati sikit.

So kira bersyukur juga ler masuk unisza ni.

Berdasarkan pengamatan aku dari pengalaman senior-senior sebelum ni tentang unisza (HAHA skema gila ayat), aku rasa okay kot. Kadang aku rasa tak sabar nak tinggal kat sana. Tak sabar nak susun baju dalam almari, nak pasang cadar baru kat katil single, nak organise meja belajar sendiri. Hahaha padehel kat rumah ni almari tak pernah nak kemas, katil memang hari-hari bersepah, meja aku lagi lah na'uzubillah.

Persiapan ke Universiti

Banyak gila barang aku. Bawah meja tu semua barang-barang aku JE. Banyak kali jugak mak aku bawak aku keluar cari barang nak masuk U. Cari baju kurung, jubah nak pakai pegi class, seluar slack, fail, alat tulis, iron, hanger blablablabla.

So haritu last pegi giant beli barang, terjumpa sorang makcik ni. Dia yang tegur kitorang dulu sebab tengok troli penuh gila vaveng. Mak aku cakap lah sebab aku nak masuk U. Then makcik tu cakap,

"Haa tengok tu, beratus-ratus mak belikan barang sekolah. Besar jasanya tu. Sebab tu jangan sebok gatal nak kahwin awal, balas jasa dia dulu,"

Ibu hidung dia dah kembang kempis kembang kempis je hahaha. Time tu sentap kut. Adik-adik aku pun kena tempias sentapnya hahaha. Tapi aku takdelah sampai nak kahwin grr.

Betullah tu, lepas belajar, kalau boleh balas jasa ibu dulu. Tu yang penting. Tengok ah zaman sekarang ni ramai sibuk menggatal sana-sini padahal spm pun tak lepas lagi. Sibuk pikir pasal benda-benda tak penting.

Tiap kali balik dari beli barang je mesti aku akan cakap,

"Terima kasheh bu :*"
"Eh! Ingat ibu belanja barang ko ni semua pree ke?"
"Yelaa nanti sarah bayor balik dah kerja ngehngeh"
"Ibu tak mintak ko bayar balik pun. Balas balik dengan belajar rajin-rajin. Tu je."

I'm crying :')

Apa-apa pun, doakan aku gais.
Aku belajar bukan sebab aku nak dapat kerja bagus.
Aku belajar sebab nak tambah ilmu. Same goes like others.

So kepada semua batch 99, belajar rajin-rajin yuk!
Belajar kat mana-mana semua sama and bagus.
Matrik ke, uitm ke, unimas ke, politeknik ke, form 6 ke.
Yang penting belajar sungguh-sungguh, balas jasa parents.

Goodluck semuanya.

Lirik The Faith - Dengarilah (Despacito Versi Islamik Cover)

Lirik The Faith - Dengarilah (Despacito Versi Islamik Cover)

Lirik: Ustaz Adnin
Lagu Asal: Luis Foncy, Daddy Yankee ft Justin Bieber


Dengar Lagu The Faith - Dengarilah Despacito Cover di sini!


(Aniq)
Aku pernah
Dengar cerita
Tentang dunia
Akhir zaman ini
Betapa situasi kita diuji
Oh, teman…

Manusia terus buntu
Kebenaran tak bersatu
Dan agama
Direndahi dan dihina
Hina…

Kita terus bergaduh
Sesama sendiri
Musuh bersatu
Terus menghancuri

Hingga kita terus hanyut
Dengan dosa tanpa resah!
Keliru hak batil!
Dan arah tuju!

(Amir)
Oh! Ku,
Kadangku bertanya pada diriku
Sumbangan apa yang ku mampu laku?
Cara apa lagi yang terbaik teman?

Oh yeah,

Ya, mungkin kau rasa ini semua normal
Kau mungkin rasa takkan dipersoal
Lalu kau diam terus berpeluk tubuh…

(Aniq)
Dengarilah…
Perjuangan dakwah ini bukan mudah
Namun bukan alasan berpaling tadah
Walaupun kau ditentang kau terus tabah!

Dengarilah…
Jangan terpesona dengan putus asa
Dan terpengaruh fatamorgana dosa
Segeralah kau pinta pada Yang Esa!

(Firdaus)
Oh, tidakkah kau
Berduka melihat ummah ini?
Terus dipijak dan dihentak
Terpedaya dengan musuh!

Zina riba judi arak
Rasuah berleluasa
Dosa kecil dosa besar
Bagi mereka sama sahaja!

(Fahmi)
Oh, jiwa kau mula kelam bila
Hati turut hitam bila
Sanubari suram bila
Dan iman terbungkam bila

Kau sanggup bermaksiat
dengan tenang berjam-jam
Namun ibadah kau tak mampu
untuk berjam-jam!

Kau buka aurat tak rasa bersalah
bahkan bangga,
Buka buka buka tuk
mengejar pujian dan nama

Yang menutup aurat
pula selfie sini sana
Dan ada tak jaga
pandangan mata!

(Amir) 2x
Tenanglah tenanglah
Ku bukan menghukum
Ku hanya menegur
Untuk kau dan aku

Ku bukan sempurna
Ku hanya mengajak
Dengan harapan
Kau aku kan ke syurga

(Aniq)
Dengarilah…
Perjuangan dakwah ini bukan mudah
Namun bukan alasan berpaling tadah
Walaupun kau ditentang kau terus tabah!

Dengarilah…
Jangan terpesona dengan putus asa
Dan terpengaruh fatamorgana dosa
Segeralah kau pinta pada Yang Esa!

(Firdaus)
Oh, tidakkah kau
Berduka melihat ummah ini?
Terus dipijak dan dihentak
Terpedaya dengan musuh!

Zina riba judi arak
Rasuah berleluasa
Dosa kecil dosa besar
Bagi mereka sama sahaja!

(Aniq)
Dengarilah…
Perjuangan dakwah ini bukan mudah
Namun bukan alasan berpaling tadah
Walaupun kau ditentang kau terus tabah!

(Amir)
Tenanglah tenanglah
Ku bukan menghukum
Ku hanya menegur
Untuk kau dan aku

(Firdaus)
Dengarilah wahai teman…
Hayati dan fahamilah…

(Amir)
Tenanglah tenanglah
Ku bukan menghukum
Ku hanya menegur
Untuk kau dan aku

(Firdaus)
Dosa kecil dosa besar…

(Fahimi)
Wahai teman sampai bila?

(Aniq)
Dengarilah…



Nak dengar cover Despacito versi lain?
*link di atas akan ada iklan selama 3-5 saat. harap bersabar :)

2 June 2017

Giveaway Raya by Mrs Pip

Assalamualaikum wbt.

Giveaway Raya by Mrs Pip

"Kongsikan (secara ringkas) pengalaman terindah di Bulan Puasa yang anda pernah lalui."


Pengalaman PALING indah yang pernah sarah lalui di bulan puasa sepanjang hidup sarah adalah pengalaman berpuasa dengan orang yang paling sarah sayang dan rindu iaitu arwah ayah sarah. Dulu time puasa sekali dengan ayah, mesti meriah. Dia selalu bawak sarah pergi terawih sama-sama kat masjid naik motor buruk dia tu. Even buruk tapi motor tu banyak jasanya. Lepas tu kalau time makan pun dia boleh buat lawak. Kira time berbuka dengan sahur tu tak pernah sunyi. Mesti riuh dengan sebab bila suara dia keluar, suara ibu ngan adik-adik lain semua keluar sekali hahaha. Sekarang mana nak rasa dah semua tu :')

1 June 2017

Tips Penjagaan Muka Yang Betul dan Berkesan


Tips Penjagaan Muka Yang Betul dan Berkesan

1. Cuci muka sebelum tidur malam

Muka kita sentiasa akan terdedah dengan debu dan kotoran dalam seharian. Jadi, sebelum tidur seeloknya bersihkan muka anda daripada kotoran-kotoran tersebut untuk mengelakkan timbulnya jerawat. Jangan biarkan kita tidur tanpa menanggalkan make up untuk mengelakkan pori-pori dalam wajah sukar bernafas. Pastikan muka ketika tidur bebas dari sebarang kotoran atau make up. Bila bangun pagi, wajah akan kurang berminyak dan tidak kelihatan kusam.

2. Cuci muka lepas bangun tidur pada waktu pagi

Sel-sel kulit mati dan bakteria yang terkumpul pada bantal atau tilam anda akan melekat pada kulit wajah anda sepanjang malam. Sepanjang waktu anda tidur juga kulit wajah anda akan mengeluarkan kotoran-kotoran dari muka anda dan akan terkumpul di sekitar wajah anda jadi anda harus mencuci kotoran yang terkumpul tersebut.

3. Bilas muka dengan sempurna

Selepas mencuci muka pastikan muka dibilas dengan sempurna. Jangan biarkan ada kesan sabun yang masih melekat pada wajah kerana kesan sabun itu mengandungi kuman dan akan membahayakan kulit wajah.

4. Jangan kerap bertukar produk

Setiap produk mengandungi bahan kimia yang berbeza. Jadi, ianya sangat bahaya jika terlalu banyak bahan kimia yang bercampur digunakan pada muka anda.  Kalau nak cuba gunakan produk lain, biarkan kulit muka anda 'rest' sekurang-kurangnya tiga hari untuk naturalkan balik kulit muka anda. Jangan hari ni guna produk lain, esok guna produk lain pula. Bimbang akan terjadinya pencampuran bahan kimia yang boleh merosakkan muka.Seelok-eloknya dapatkan nasihat doktor untuk memilih pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah kita sendiri.

5. Kurangkan menyentuh muka

Kulit muka kita sangat sensitif dengan bakteria dan kuman. Seelok-eloknya cuci tangan anda dengan air atau hand sanitizer sebelum menyentuh muka. Kadang-kadang terasa gatal pada kulit muka menyebabkan kita menyentuh wajah kita dengan tangan yang kurang bersih akan menyebabkan timbul keradangan pada kulit muka dan jerawat.

6. Jaga pemakanan

Elakkan makanan yang berminyak, pedas dan berkalori. Bukan tak boleh, tapi KURANGKAN. Makanan berminyak boleh menyebabkan jerawat dan kulit berminyak. Anda boleh gantikan makanan anda dengan makanan yang dikukus atau dipanggang. Tidak perlu menggunakan minyak dalam masakan. Kurangkan makan makanan yang terlalu pedas dan tinggi kalori juga.

7. Minum air kosong secukupnya dalam sehari

Pengambilan air kosong sekurang-kurangnnya 8 gelas sehari membantu untuk menghidratkan kulit wajah dan menyingkirkan bahan toksik dalam badan. Bahan toksik boleh menyebabkan jerawat pada muka jadi banyakkan pengambilan air kosong dalam seharian anda.

8. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran

Buah-buahan dan sayur-sayuran sememangnya kaya dengan nutrisi dan zat yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Nutrisi dan zat-zat tersebut mempunyai vitamin yang membantu mencantikkan kulit dan menyihatkan kulit seperti lemon, limau nipis, tomato dan sebagainya.

9. Kurangkan penggunaan alat solek

Foundation atau bedak yang digunakan pada muka boleh menyebabkan pori-pori anda tersumbat dan menimbulkan jerawat. Seelok-eloknya gunakan make up yang tidak terlalu tebal dan nipis.

10. Asingkan kain tuala pengelap muka

Jangan lap muka anda yang basah menggunakan tuala yang sama anda gunakan untuk mengelap badan. Sediakan kain tuala yang kecil khas untuk mengelap muka anda yang basah. Tuala mandi yang anda gunakan untuk lap badan anda selepas mandi belum tentu bersih untuk mengelap muka anda.

11. Kurangkan berjemur di bawah terik matahari

Sinaran matahari yang terkena pada kulit boleh merangsang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum yang boleh mengakibatkan jerawat. Sinaran matahari yang paling merbahaya adalah sekitar jam 10 pagi hingga 2 petang. Elakkan kulit terdedah dengan cahaya matahari pada waktu itu. Cahaya matahari yang baik dan menyumbang vitamin pada kulit adalah cahaya matahari pada waktu PAGI bukannya SIANG iaitu sekitar jam 7-8 pagi.

12. Elakkan mengelap muka menggunakan baju

Gunakan kain atau tisu yang bersih untuk mengelap wajah anda yang basah atau berpeluh. Jangan gunakan baju atau kain tudung kerana dikhuatiri kuman dan bakteria akan melekat pada kulit muka anda.


Mungkin itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Sekiranya ada penambahan bolehlah komen di bawah :)

Share artikel ini jika bermanfaat ;)