25 May 2017

Resipi Kuih Nona Manis (Favourite Iftar Ramadhan Dishes)

Assalamualaikum


Haa ramadhan nak dekat kan? Aku tak sabar nak pegi bazaar lagi tahun ni (even sblm ni takdelerr hari-hari singgah bazaar sebab duduk asrama ken huhu). Tahun ni aku puasa kat asrama lagi tapi asrama tu jauh nun haa kat terengganu. Uhuk uhuk student baghu laa katakan. Lepas ni cari makanan terengganu jerk hehe. Ikan celup tepung yummyssz.


Dari kecik lagi, aku memang akan cari kuih tepung pelita setiap kali ramadhan. Tapi sejak dah rasa kuih nona manis yang kawan aku bawak kat asrama ritu dah bertukar hati pulak hehe. Rasa dia lebih kurang je. Tapi nona manis lagi sedap. Suka gila kuih ni. Aku ingatkan makan kuih ni boleh jadi maniss....


So, setiap kali iftar time ramadhan, wajib ada kuih nona manis. Kalau tak aku kempunan. Kalau kat bazaar dah habis, buat sendiri kat rumah je senang. Untuk entri kali ni aku nak share resipi buat kuih nona manis ni. Nanti kat rumah boleh try sendiri. Rugi tak rasa weyh.

Resipi Kuih Nona Manis (Favourite Iftar Ramadhan Dishes)
credit: mutiara iman

Yang bawah ni aku senaraikan dulu bahan-bahannya.


Bahan A

  • 1 cawan santan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan gula kastor

Bahan B - Untuk Bahagian Warna Hijau
  • 1/2 cawan air pandan
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1/4 cawan gulla kastor
  • perisa kelapa pandan emulco
  • pewarna hijau
  • secubit garam

Bahan C - Untuk Bahagian Inti
  • 1/2 st garam
  • 1 sb tepung gandum
  • 1 cawan santan pekat
__________________________________________________________________________


Cara Penyediaan

Bahan A
  1. Pukul telur sampai kembang.
  2. Gunakan bekas yang berasingan, campurkan gula, tepung gandum dan santan. Kacaukan.
  3. Tuangkan campuran tadi ke dalam telur tadi dan kacaukan sehingga sebati.

Bahan B

Resipi Kuih Nona Manis (Favourite Iftar Ramadhan Dishes)
crredit: duhai hati

  1. Ambil 6 helai daun pandan dan kisar bersama dengan 1/2 cawan air. Kemudian tapiskan. (air pandan)
  2. Campurkan air pandan tadi dengan gula, tepung  jagung, santan,  garam, pandan emulco dan pewarna hijau.
  3. Kacau sehingga tiada tepung yang berketul.
  4. Kemudian, masakkan campuran ini sehingga kelihatan berkilat.
  5. Satukan adunan Bahan A dengan Bahan B yang telah disediakan tadi.

Bahan C
  1. Campurkan kesemua bahan C dan masak sehingga likat.
  2. Apabila sudah masak, biarkan campuran tadi suam dan masukkan ke dalam piping bag.

Keseluruhan Penyediaan
  1. Sediakan periuk kukus dan kukus air sehingga periuk panas.
  2. Tuangkan adunan yang berwarna hijau tadi memenuhi 3/4 acuan kuih lompang.
  3. Masukkan adunan inti yang telah dimasukkan ke dalam piping bag tadi di tengah-tengah acuan.
  4. Balut periuk kukus dengan kain supaya tiada air yang menitik.
  5. Kukus selama 7 minit.


Untuk proses mengukus, kita boleh gunakan steamer macam kat bawah ni, senang cari je kat Lazada. Harga pun tak sampai RM120 pun. Klik gambar kalau nak tengok harga. Hehe.

Resipi Kuih Nona Manis (Favourite Iftar Ramadhan Dishes)

Haa! Dah alang-alang ni, aku nak bagitau korang yang Lazada sedang mengadakan sale gila-gila khas sempena Marhaban Ya Ramadhan untuk semua customer dia iaitu kita! Best weyh diskaun sampai 90% kot. Bolehlah nak beli barang persiapan raya kan? Lazada Riang Ria Raya Sale ni berlangsung daripada 19 May hingga 30 Jun 2017. So, korang ada banyak masa lagi nak buat pilihan untuk korang shopping barang korang time ramadhan ni. So, kita boleh jimat duit untuk buat persiapan ramadhan dan raya dekat Lazada je. Boleh prepare duit raya untuk anak-anak nanti hehe.


And another good news lagi! Speacial to bloggers laa hahaha.


Lazada ada buat blogger contest lagi yeayy! Sayang Lazada <3

Kali ni jumlah keseluruhan hadiah bernilai RM10,000! Haih, macam mana lah aku tak fall in love dgn Lazada. Dah lah selalu buat sale, bagi benefits dekat bloggers lagi. Mak aku pun dah suka shopping kat Lazada since aku bagi dia voucher hari tu hihi.


Resipi Kuih Nona Manis (Favourite Iftar Ramadhan Dishes)


Tarikh tamat penyertaan adalah 23 Jun so masih ada masa untuk korang rangka ramadhan raya stories korang. Tekan banner untuk join ye :)


Goodluck! Jangan lupa ajak mak-mak korang shopping kat Lazada eh hahaha.

2 comments:

  1. Sedapnya.. buat juadah berbuka memang best.. Pemanis mulut..

    ReplyDelete
  2. wah nampak sedap kuih ni...nama pun mngoda..nona manis gtu

    ReplyDelete