30 May 2017

Giveaway Duit Raya RM100 By Elsaalicious & Sponsors

Giveaway Duit Raya RM100 By Elsaalicious & Sponsors

Username ig: messarah_
FB: Maisarah Ibrahim
sarahyem99@gmail.com


Ceritakan secara ringkas pengalaman seronok dan nakal anda masa zaman kumpul duit raya dulu hikhik


Masa kecik-kecik dulu, sara selalu berlumba kutip duit raya dengan adik-adik dan cousins. Duit sape paling banyak dia dikira pemenang... and kanak-kanak paling kaya raya waktu tu even terlebih RM1 je dari orang lain hahaha. Dalam sehari tu lepas dah raya dua tiga rumah kat kampung, 'kami' akan cari port paling selamat dan tersembunyi untuk kami berkumpul dan kira jumlah duit raya terkini masing-masing HAHAHA. Paling biasa kat tepi mesin basuh dalam rumah tu ah even tuan rumah tu pun kitorang tak kenal (sukati je).

Biasanya kalau raya kat kampung parents kitorang memang biasa bersembang kalau boleh sampai ke maghrib. Kadang tu kalau lama sangat kitorang 'tumpang' beraya rumah sesapa yang ada area situ semata-mata nak kumpul duit raya je. Ni kalau beraya rumah yang jauh-jauh jelaa.

Pernah sekali tu, kami sepupu-sepupu pergi beraya rumah orang kampung senyap-senyap tau. Makcik pakcik even parents sendiri pun tak tau kami ke mana. Senyap senyap kitorang keluar rumah sanggup jalan kaki redah terik panas kot nak kutip duit raya padahal tak kenal pun rumah sape kitorang raya tu hahaha. Jauh gak rumah-rumah yang kitorang pegi tu. Sebab tu lama gila. 

Then time balik tu habis semua kena marah sebab rupanya parents kitorang hampir buat report polis sebab cari kitorang hilang ntah ke mana bhahahahaha. Dah besar ni duit raya pun shushah nak dapat :'))

5 comments:

  1. Rindunya zaman kanak2 kan. Rindu nk kumpul duit. Heee

    ReplyDelete
  2. hahaha apa nie buat parents risau nie. nie kalau betul2 report polis haa habislah hakhak

    dah cukup dah syarat awak buat hehe. terima kasih join. elsa dah update dalam list. goodluck :*

    ReplyDelete
  3. https://kanvasdakwat.blogspot.my/2017/05/giveaway-duit-raya-rm100-by-Elsaalicious-sponsors.html

    ReplyDelete
  4. Hahaha. Seronok zaman kecikk kecikk dulu ^^

    ReplyDelete