3 May 2017

Adik-beradik Sama Umur (part 3) -TheGadisMisteri


Penulis : TheGadisMisteri
Follow her telegram : telegram.me/TheGadisMisteri
_________________________________________________________________________________


“ Assalamualaikum . Cikgu panggil saya ? ” tegurku saat menghampiri meja guru kelasku , Puan Hanani .

“ Waalaikumussalam . Ya , awak dah tahu kan pasal kita ada pelajar baru bagi tingkatan lima ? ” soal Cikgu Hanani kepadaku .

“ Saya ada dengar juga khabar angin pasal tu . Cuma tak tahu kelas mana . ” balasku jujur .

“ Awak tunggu sekejap ye . ”

Puan Hanani pun berlalu keluar dari bilik guru . Kemana ? Entah , aku pun tak tahu .

“ Farah . Ni Aifa Nazihah . Pelajar baru kelas kamu . Cikgu nak kamu bawak dia masuk ke kelas . Sekarang ni masa Cikgu kan ? ”

“ Haah , masa Cikgu . Baiklah Cikgu saya akan bawa dia ke kelas . ” balasku sambil mengajakknya supaya mengikutiku .

Sampai sahaja di kelas , keadaan yang tadinya bising bertukar senyap . Semua memandang ke arah pelajar baru .

“ Assalamualaikum , semua ! Kita ada pelajar baru . Jadi aku harap korang boleh bagi tunjuk ajar dekat dia . ”

“ Assalamualaikum . Saya Aifa Nazihah Binti Mohd Khairuddin . Saya dari SMK Dato' Bendahara , dekat Johor . Saya harap korang boleh bagi tunjuk ajar . ”

Aifa memperkenalkan dirinya di hadapan kelas .Aku terus ke tempat dudukku . Aifa pun terus ke belakang untuk mencari tempat duduk yang kosong .

Tidak lama kemudian , Puan Hanani masuk ke dakam kelas . Tapi dia tidak berkeseorangan . Student baru lagi ke ?

“ Assalamualaikum , murid-murid . Harini kita ada dua orang pelajar baru . Seorang lelaki dan seorang lagi Aifa . ” balas Cikgu Hanani .

“ Hai , saya Amir Hafiz . Berasal dari Pulau Pinang . Dulu saya bersekolah di SMJK (C) Phe Hwa . ”

Owhh .. Handsomenyaaaa !! Ya Allah Farah ! No ! Jangan jatuh dalam perangkap syaitan !

“ Baiklah . Amir awak boleh duduk dekat sebelah Wazif . Wazif tu Ketua Pengawas dekat sini . ” arah Cikgu Hanani .

Aku hanya memberikan senyumah kepada Cikgu Hanani yang melihat kearahku . Kenapa Cikgu pandang aku macam tu ? Aku ada buat salah ke ?

“ Akak , betul eh ada student baru masuk dekat kelas akak ? Adik dengar cerita , handsome ! Betul ke ? ” Aku yang sedang leka membelek handfon terkejut . Ya Allah budak ni , main masuk je bilik aku . “ Hmm.. ” “ Hmm je ? Akak cerita laa macam mana dia . Muka dia ? Tinggi tak ? ” soal Adikku lagi . Aku yang berada di sebelah sudah panas . “ Kalau kau nak tahu sangat , esok pagi kau datang kelas akak , kau perg tengok sendiri . ” hindirku sambil menolaknya supaya keluar dari bilikku . “ Heishhh , akak ni kan ?! Menyampahlaaaaaaa !! ” marahnya sambil berlari keluar . Sebok je dia nak tahu pasal budak baru tu . Ye , memang dia handsome . Ya Allah Farah Hazwani ! Forget it . Aku terus bermain telefon dan melupakan budak baru aka Amir Hafiz . Kenapa lah wajah dia bermain di fikiranku ? Tok.. Tok.. Tok.. “ Farah , Ibu ni . Boleh Ibu masuk ? ” “ Masuk lah , buu . ” langku dari dalam bilik . Pintu bilikku dibuka . Wajah ibu aku pandang . Lama . Ibu seperti mahu menyampaikan sesuatu . “ Sibuk ke ? ” “ Tak pun . Sebab tu boleh pegang handfon ni , kalau tak akak mesti tengah pegang buku . ” aku menggeleng kepala . “ Ibu nak tanya sesuatu .. ” Aku sudah resah . Kenapa rasa lain macam ni ? Ibu nak tanya pasal apa sebenarnya ? “ Apa , buu ? ” “ Pasal Aifa Nazihah . Dia pindah sekolah kamu kan ? ” Gulpp .. Aku menelan air liur . Kenapa Ibu bertanyakan pasal dia . Ke Ibu sebenarnya memang dah tahu ?

Aku dari jauh ternampak kelibat Aifa . Dia berjalan mendekatiku .

“ Farah saya nak cakap sikit dengan awak boleh ? ” tegur Aifa sambil duduk di kerusi berhadapanku .

“ Hmm .. Ape ? ”

“ Pasal kita . Awak okey ke kalau kita cakap pasal ni sekarang ? ” soalnya inginkan kepastian .

“ Cakap je lah . Aku tak kesah pun . ” balasku malas .

“ Sebenarnya , saya pindah sini sebab Papa nak kita berbaik , boleh study sama² . Papa cakap kita boleh jadi family bahagia nanti . ” balasnya seakan seronok .

Aku tersenyum sinis . Bahagia ke ? Ibu aku lagi terluka tahu tak !!

“ Owh .. Boleh bahagia ke ? Aku rasa macam tak je . Dengar sini Aifa , aku ni bukannya seorang yang pemarah tau , cuma aku ni pantang sangat kalau ada orang yang buat ibu aku menangis . ” aku berlalu pergi meninggalkan Aifa .

Masuk sahaja di pintu kelas , aku terlanggar seseorang .

Bukkk !!!

“ Aduhh .. Sakitnya . ” bicaraku sambil menahan sakit kerana terkena bucu meja akibat terlanggar seseorang .

“ Sorry . Saya tak sengaja . Awak okey ? ”

Aku mendongak . Suara itu . Wajah itu . Aku kembali tunduk saat mata kami bertentangan .

“ Hmm .. Takpe sikit je ni. ” balasku sambil berlalu pergi .

Kenapa dia yang perlu berlanggar denganku ? Kenapa dia baik sangat dengan aku ? Kenapa , Amir Hafiz ?!

-bersambung

2 comments:

  1. Hai Mais! Kak uyun nak suruh jawab something ni. Check it out!

    https://danis-buttercream.blogspot.my/2017/05/blue-sky-tag-11-of-me.html

    ReplyDelete
  2. Dah baca 3 part, macam best ��

    ReplyDelete