31 May 2017

Sejenis Sentimental

assalamualaikum

since sekolah rendah, aku tak pernah ada pakwe. (apa kena mengena kut hahaha). so kiranya aku tak pernahlah dapat surat cinta love-love berbedak bagai macam kawan-kawan aku dulu. haa tu nak bagitau senarnya. time sek rendah, aku tengok bila kawan-kawan aku dapat surat cinta, surat tu mesti jadi macam surat yang dipertuan agong. punya laa spesyel and sulit naa matey surat tu sampai orang lain tak boleh baca and cara dia jaga surat tu boleh tahan weyh.

bila i masuk asrama time sek menengah, aku ingat aku salah masuk sekolah. at first aku tak paham gak lah kenapa kawan-kawan aku ni gemor betul bagi surat. even nak say goodluck exam or say thank you sebab teman ke tandas pun dibaginya surat lawa-lawa. tak paham betul aku masa tu.

tapi bila aku dapat surat-surat tu aku simpan jelaa sebab kawan yang bagi kan. sian dia penat buat surat/kad lawa-lawa untuk aku. masa tu aku baru tau rasa dihargai kawan :')) since that aku pun dah terjebak bagi surat/kad kat kawan-kawan. see? takde pakwe pun boleh jadi sweet okeyh. siapa tak sayang kawan. kalau gaduh pun bagi surat mintak maap. pastu jumpa balik buat bodo macam tak pernah gaduh hahahaha. the power of love letter hahaha mende lah.

Sejenis Sentimental

dari surat/kad yang aku dapat pun dah boleh menilai kekreativitian kawan-kawan aku. so far semua lawa je. surat paling hodoh yang pernah aku dapat pun aku simpan tau bukan sebab kesian kat org yang bagi tu tapi nilai pemberian tu sendiri :') tapi still lawa.

kadang tu buat kad guna kertas terpakai je. kutip dari tong sampah pun ada. janji ada. and then pepandailah nak cantikkan macam mana. kalau tak cukup bahan, dun worry beb. stationary kawan meja sebelah hado hoho. biasanya highlighter, marker warna warni, pen kaler kaler aku semua habis ink sebab buat kad/surat. kalau bukan aku yang guna biasa kawan-kawan aku. sharing is caring. kadang aku guna barang orang gak. ikutlah tahap pemalas aku gaban mana biasa aku capai bekas pensel paling dekat ngan aku je kalau dalam dorm or class hahah.

Sejenis Sentimental

ni kad raya dari bff aku time darjah 6 hahaha. time sek rendah dulu kad nilah paling special dalam hidup aku kot sebab kawan aku tu selitkan duit raya singgit dalam envelope tu bhahahahahaha. sampai skrg aku still contact dia and dia ni pun tangan berseni gak. tangan jenis tak reti duduk diam. asyik nak buat art aje.

Sejenis Sentimental

ni semua aku kumpul dari form 1 since aku duduk asrama. masa form 2 aku dapat katil bawah. so aku ada tampal kertas mahjong bawah katil atas tu sebab taknak bagi habuk kayu anai-anai tu jatuh kena katil aku so bila kawan-kawan aku lepak katil aku tu diorang suka tulis macam-macam. time akhir tahun bila nak koyak kertas mahjong rasa sayang laa pulak so aku gunting kecik-kecik simpan. tah pape hahaha. 

Sejenis Sentimental

masuk asrama ni pun aku jarang dapat printed kad raya macam dulu-dulu time sekolah rendah kecuali ada gak kawan-kawan blogger pos kan kad raya kat aku. kawan-kawan aku semuanya buat kad raya handmade. tapi kalau jenis yang bagi kad raya satu batch tu ayat nya jelah dia print then tampal-tampal + hias. still kreatif. bila dah jadi makin senior, bukan kawan-kawan je bagi, junior or senior pun ada yang bagi. duduk asrama semua dah macam adik-beradik :')

Sejenis Sentimental

kat rumah aku ada prepare kotak yang besor gile vaveng untuk aku simpan semua barang-barang sentimental aku like all those cards. siyes kalau korang first time jumpa aku kompem korang jadi haters aku dalam dua minit sebab ramai kata muka aku ni takde perasaan + mintak penyepak. pai hati. tapi percayalah dalam hati aku ada taman. aku ni sentimental orangnya. kat rumah kalau aku memang takde kerija aku akan bukak balik kotak tu, belek satu-satu barang. kadang aku amik masa dua tiga jam belek barang-barang dalam kotak tu je. dia jadi lama sebab ada sesi throwback, ada sesi pelancaran air terjon (nangess huhu), ada sesi gelak sorang-sorang macam owang gilew. semua ada.

Sejenis Sentimental

kadang-kadang orang tengok surat2/kad yang aku dapat ni macam geli pun hado. tapi bukan les hokay. kan nabi kata sesama saudara tu elok kalau saling menyayangi antara satu sama lain? daripada ber ilebiu dengan pakwe muka cekodok tah pape tu baik cakap dekat bff sendiri. tapi yang sesama jantina lah geli apa nak cakap dengan classmate laki tetibe buang tebiat. nanti dah habis sekolah belum tentu lagi kita sempat jumpa lagi kawan-kawan kita so ni lah function kad/surat :') kalau guna whatsapp nanti scroll lelama takleh baca balik haa lagi parah kalau fon TERformat. 

Sejenis Sentimental

i appreciate semua surat/kad yang aku pernah dapat. contoh macam kat atas tu ingat senang ke nak gunting kertas warna bentuk bear satu-satu? hahaha kadang-kadang gigih gak orang yang bagi-bagi kad ni yelah kalau bagi buruk-buruk nanti kena buang pulak. tapi aku simpan je semua. kadang time aku nak terima kad tu pun macam nak tanak je, hahaha tapi jangan risau ah tak ke tong sampah pun. elok je ada dalam kotak aku ni. nanti aku dah kawin ada anak aku bukak balik kotak ni boleh aku throwback balik. siyes, dengan cara macam ni, aku jarang lupa orang. sebab kita sendiri yang tau siapa pemberi those cards en, so kalau tak ingat nama dia pun at least kita ingat muka.

Sejenis Sentimental

ni gambar time form 1. aku tak pernah tak gelak tengok muka aku dalam gambar ni hahaha noob gila! selekeh tu ofkos. dalam gambar ni semua debab debab, pendek-pendek, tembam tembam tapi ko tengok diorang dah besor sekarang lawo lawo hensem hensem semua. gambar debab debab ni laa yang selalu jadi bahan bila dah besor skang hahahaha. puberty hits did well.

Sejenis Sentimental

semua barang ada nilai sentimental nya yang tersendiri. mungkin kerana siapa si pemberi atau mungkin event ketika barang tu diberi. so jangan lah perlekehkan orang yang simpan benda tah pape even ranting kayu. barang-barang kepunyaan nabi like sepatu, bekas minyak wangi, cebisan kain baginda pun masih disimpan sampai sekarang kan? high sentimental menjadikan sesuatu itu sangat berharga. borang sistem maklumat murid time aku darjah 2 pun aku still simpan sebab tulisan tu tulisan arwah ayah aku. aku simpan sebab lepas ni aku dah tak boleh tengok tulisan dia :')

Sejenis Sentimental

kawan jenis macam ni pun ada :')

sampai hati prank aku sebab aku pernah cakap kat diorang ''kan best kalau dapat surat dari admire'' hahaha. yelaa aku mana pernah ada pakwe saje je cakap camtu konghaja betul nasib baik aku tak percaya. aku at first lagi aku dah syak ni kerja diorang. 

apa-apa pun, semua yang jadi sekarang akan jadi kenangan suatu hari nanti. aku sediakan kotak besor untuk aku simpan semua barang-barang sentimental aku so bila besar aku akan ingat balik semua kenangan aku time tecik tecik dulu. aku suka quotes ni,

"You'll never know the true value of a moment until it becomes a memory."

Betul. Tak caya cuba buat macam aku. Sekarang kita memang tak hargai apa yang ada depan mata nanti bila dah berlalu baru kita nak hargai. 

Sejenis Sentimental

dan ni adalah antara contoh mesej paling menyakitkan hati tapi mempunyai nilai sentimental yang tinggi. grr rasa nak rebos je budak gemok tu tapi nasib dia adik sendiri -,-

bubye.

30 May 2017

SGshop “Jom Shopping!” Contest

SGshop “Jom Shopping!” Contest


Peserta lebih daripada 20:
5 X RM 300 SGshop shopping credit

Peserta lebih daripada 40:
10 X RM 500 SGshop shopping credit


  • Q1: Apakah servis yang SGshop tawarkan?
SGshop menawarkan pelbagai barangan keperluan harian daripada barangan keperluan diri dan keperluan dalam rumah. Anda boleh mendapatkan pelbagai barangan seperti pakaian dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, perkakas dapur, perabut dalam rumah, barangan elektronik, keperluan pejabat dan sebagainya.

SGshop ni customer service dia bagus! Ada Live Chat dan Help Centre kalau korang sebagai pembeli ada apa-apa masalah. So jangan risau kalau ada masalah time shopping kat SGshop. Sekarang ni SGshop ada banyak buat promotion sempena ramadhan. Untuk clearance warehouse sale pun ada tau! Rugi tak grab. 

Dekat website SGshop korang boleh check kos penghantaran, boleh tengok size chart untuk korang shopping apa-apa pakaian, and kalau korang pening macam mana nak buat pembelian kat SGshop pun boleh refer help centre diorang.

SGshop pun ada buat sistem point terkumpul and korang boleh redeem voucher. Makin banyak korang shopping, makin banyak point yang korang akan dapat. So boleh lah redeem voucher lagi banyak!

Khas untuk member SGshop, korang akan dihadiahkan bermacam-macam membership programme bila korang mendaftar dan mula membeli belah. Boleh refer sini >>> Membership Programme


  • Q2: Senaraikan 3 item yang anda mahu beli di platform SGshop Malaysia (Letakkan sekali gambar dan link item) dan berikan sebab kenapa anda nak beli item tersebut.

TWO LAZY NOTEBOOK COMPUTER DESK ON BED TABLE MOBILE ALUMINIUM ALLOY FOLDING SIMPLE DESK WITH COOLING FAN
SGshop “Jom Shopping!” Contest

Disebabkan aku dah nak masuk U awal bulan depan, aku memang perlukan meja komputer lipat ni supaya senang aku nak buat kerja di mana-mana. Lagi-lagi nak siapkan assignment comfirm aku memang banyak guna laptop nanti. Kadang-kadang duduk kat meja lama-lama pun boleh lenguh. Dengan adanya benda ni, aku boleh buat kerja kat lantai, kat atas katil. Lagipun meja ni ada cooling fan so kalau laptop aku panas aku dah tak payah risau. Nak guna laptop sambil baring pun boleh kalau guna benda ni.


INTELLIGENT X3-233A FREQUENCY MICROWAVE OVEN MIDEA/HOUSEHOLD BEAUTY STEAMED CUBIC OVEN BODY
SGshop “Jom Shopping!” Contest

Aku ni boleh dikatakan hantu kek dan aku suka buat kek. Kat rumah aku takde oven so aku boleh buat kek yang simple-simple macam kek batik dengan cheese cake je. Kalau aku ada oven ni, bukan boleh buat kek je, kuih raya pun aku boleh buat sendiri. Lagi jimat dan lagi sedap (sebab buat sendiri hahaha). 


SUPOR/SUPOR CFXB40FC8040-75 RICE COOKER 4L INTELLIGENT HOUSEHOLD GENUINE 3-4-5-6
SGshop “Jom Shopping!” Contest

Bila aku ada rice cooker ni, boleh lah aku jimat duit belanja time kat U nanti. Nak makan apa-apa boleh masak sendiri je. Lagi jimat dan berkhasiat. Tak kan nak bawak periuk kat rumah kut nanti kesian mak aku nak masak nasi guna apa. So kalau aku ada rice cooker ni senanglah aku nak makan apa-apa kat asrama nanti.



Thank you for reading this entry!

Giveaway Duit Raya RM100 By Elsaalicious & Sponsors

Giveaway Duit Raya RM100 By Elsaalicious & Sponsors

Username ig: messarah_
FB: Maisarah Ibrahim
sarahyem99@gmail.com


Ceritakan secara ringkas pengalaman seronok dan nakal anda masa zaman kumpul duit raya dulu hikhik


Masa kecik-kecik dulu, sara selalu berlumba kutip duit raya dengan adik-adik dan cousins. Duit sape paling banyak dia dikira pemenang... and kanak-kanak paling kaya raya waktu tu even terlebih RM1 je dari orang lain hahaha. Dalam sehari tu lepas dah raya dua tiga rumah kat kampung, 'kami' akan cari port paling selamat dan tersembunyi untuk kami berkumpul dan kira jumlah duit raya terkini masing-masing HAHAHA. Paling biasa kat tepi mesin basuh dalam rumah tu ah even tuan rumah tu pun kitorang tak kenal (sukati je).

Biasanya kalau raya kat kampung parents kitorang memang biasa bersembang kalau boleh sampai ke maghrib. Kadang tu kalau lama sangat kitorang 'tumpang' beraya rumah sesapa yang ada area situ semata-mata nak kumpul duit raya je. Ni kalau beraya rumah yang jauh-jauh jelaa.

Pernah sekali tu, kami sepupu-sepupu pergi beraya rumah orang kampung senyap-senyap tau. Makcik pakcik even parents sendiri pun tak tau kami ke mana. Senyap senyap kitorang keluar rumah sanggup jalan kaki redah terik panas kot nak kutip duit raya padahal tak kenal pun rumah sape kitorang raya tu hahaha. Jauh gak rumah-rumah yang kitorang pegi tu. Sebab tu lama gila. 

Then time balik tu habis semua kena marah sebab rupanya parents kitorang hampir buat report polis sebab cari kitorang hilang ntah ke mana bhahahahaha. Dah besar ni duit raya pun shushah nak dapat :'))

25 May 2017

Resipi Kuih Nona Manis (Favourite Iftar Ramadhan Dishes)

Assalamualaikum


Haa ramadhan nak dekat kan? Aku tak sabar nak pegi bazaar lagi tahun ni (even sblm ni takdelerr hari-hari singgah bazaar sebab duduk asrama ken huhu). Tahun ni aku puasa kat asrama lagi tapi asrama tu jauh nun haa kat terengganu. Uhuk uhuk student baghu laa katakan. Lepas ni cari makanan terengganu jerk hehe. Ikan celup tepung yummyssz.


Dari kecik lagi, aku memang akan cari kuih tepung pelita setiap kali ramadhan. Tapi sejak dah rasa kuih nona manis yang kawan aku bawak kat asrama ritu dah bertukar hati pulak hehe. Rasa dia lebih kurang je. Tapi nona manis lagi sedap. Suka gila kuih ni. Aku ingatkan makan kuih ni boleh jadi maniss....


So, setiap kali iftar time ramadhan, wajib ada kuih nona manis. Kalau tak aku kempunan. Kalau kat bazaar dah habis, buat sendiri kat rumah je senang. Untuk entri kali ni aku nak share resipi buat kuih nona manis ni. Nanti kat rumah boleh try sendiri. Rugi tak rasa weyh.

Resipi Kuih Nona Manis (Favourite Iftar Ramadhan Dishes)
credit: mutiara iman

Yang bawah ni aku senaraikan dulu bahan-bahannya.


Bahan A

  • 1 cawan santan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan gula kastor

Bahan B - Untuk Bahagian Warna Hijau
  • 1/2 cawan air pandan
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1/4 cawan gulla kastor
  • perisa kelapa pandan emulco
  • pewarna hijau
  • secubit garam

Bahan C - Untuk Bahagian Inti
  • 1/2 st garam
  • 1 sb tepung gandum
  • 1 cawan santan pekat
__________________________________________________________________________


Cara Penyediaan

Bahan A
  1. Pukul telur sampai kembang.
  2. Gunakan bekas yang berasingan, campurkan gula, tepung gandum dan santan. Kacaukan.
  3. Tuangkan campuran tadi ke dalam telur tadi dan kacaukan sehingga sebati.

Bahan B

Resipi Kuih Nona Manis (Favourite Iftar Ramadhan Dishes)
crredit: duhai hati

  1. Ambil 6 helai daun pandan dan kisar bersama dengan 1/2 cawan air. Kemudian tapiskan. (air pandan)
  2. Campurkan air pandan tadi dengan gula, tepung  jagung, santan,  garam, pandan emulco dan pewarna hijau.
  3. Kacau sehingga tiada tepung yang berketul.
  4. Kemudian, masakkan campuran ini sehingga kelihatan berkilat.
  5. Satukan adunan Bahan A dengan Bahan B yang telah disediakan tadi.

Bahan C
  1. Campurkan kesemua bahan C dan masak sehingga likat.
  2. Apabila sudah masak, biarkan campuran tadi suam dan masukkan ke dalam piping bag.

Keseluruhan Penyediaan
  1. Sediakan periuk kukus dan kukus air sehingga periuk panas.
  2. Tuangkan adunan yang berwarna hijau tadi memenuhi 3/4 acuan kuih lompang.
  3. Masukkan adunan inti yang telah dimasukkan ke dalam piping bag tadi di tengah-tengah acuan.
  4. Balut periuk kukus dengan kain supaya tiada air yang menitik.
  5. Kukus selama 7 minit.


Untuk proses mengukus, kita boleh gunakan steamer macam kat bawah ni, senang cari je kat Lazada. Harga pun tak sampai RM120 pun. Klik gambar kalau nak tengok harga. Hehe.

Resipi Kuih Nona Manis (Favourite Iftar Ramadhan Dishes)

Haa! Dah alang-alang ni, aku nak bagitau korang yang Lazada sedang mengadakan sale gila-gila khas sempena Marhaban Ya Ramadhan untuk semua customer dia iaitu kita! Best weyh diskaun sampai 90% kot. Bolehlah nak beli barang persiapan raya kan? Lazada Riang Ria Raya Sale ni berlangsung daripada 19 May hingga 30 Jun 2017. So, korang ada banyak masa lagi nak buat pilihan untuk korang shopping barang korang time ramadhan ni. So, kita boleh jimat duit untuk buat persiapan ramadhan dan raya dekat Lazada je. Boleh prepare duit raya untuk anak-anak nanti hehe.


And another good news lagi! Speacial to bloggers laa hahaha.


Lazada ada buat blogger contest lagi yeayy! Sayang Lazada <3

Kali ni jumlah keseluruhan hadiah bernilai RM10,000! Haih, macam mana lah aku tak fall in love dgn Lazada. Dah lah selalu buat sale, bagi benefits dekat bloggers lagi. Mak aku pun dah suka shopping kat Lazada since aku bagi dia voucher hari tu hihi.


Resipi Kuih Nona Manis (Favourite Iftar Ramadhan Dishes)


Tarikh tamat penyertaan adalah 23 Jun so masih ada masa untuk korang rangka ramadhan raya stories korang. Tekan banner untuk join ye :)


Goodluck! Jangan lupa ajak mak-mak korang shopping kat Lazada eh hahaha.

9 May 2017

How to Increase Your Earnings With Nuffnang (An Email from Nuffnang to Me)


At first, thanks to Nuffnang Team for this sharing. So, I'm gonna share this with all of you. May it's worth for everyone.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hi Sarah, 

Thanks for the details! One way is to increase your blog traffic :)


To increase your traffic, consistent updates on your blog is crucial. Also, write about topics and issues that you are interested in, that way you can attract more readers of the same interest hence strengthening your blog demographics. Make sure that your content is interesting to attract readers back to your blog. :)


With this, allow me to explain about CPC and CPUV ads. Hope this is not too long of an explanation. 


Bloggers earn when they serve paid ads from our advertisers and not just by having empty ad units in their blogs.


There are 2 types of general paid ads from our advertisers, CPC (Cost Per Click) Campaigns and CPUV (Cost Per Unique View) Campaigns.


CPC (Cost Per Click) campaigns are launched on advertisers' request. It will show on all blogs under Nuffnang's network, which have 'Show Global CPC Ads' selected under their Blog Preferences in Blog Manager that are not serving any CPUV (Cost Per Unique View) campaigns during its launching period. 


Bloggers will be paid based on the number of unique clicks by their blog's unique visitors. It will cease once it reaches its maximum clicks. If a blog showed CPC ads but did not generate any clicks towards the campaign, no earnings will be updated. 


For CPUV (Cost Per Unique View) campaigns, advertisers choose which blogs they want to advertise based on several factors such as the demographics of your blog readers and the desirability of ad units. These ads pay according to the unique impressions the advertiser purchase from your blog, which are the readers that will be able to see the ad. It doesn't require any of your users to click on it in order for you to get paid.


As advertisers always have a target audience for their campaigns, they will choose blogs with suitable blog readers as their target audience. Should your blog readers fall into that category, rest assured that you're very likely to be picked by them. Many bloggers who do not fill in their blog surveys may find themselves not receiving ad campaigns from advertisers frequently. 


This is because the survey actually helps advertisers know the bloggers' blogs better. Blogs registered without completed surveys are often ignored by advertisers as they do not know if your blog's reach is suitable for their campaign. As such, we'll highly recommend for you to ensure that all your blogs' surveys are filled and updated from time to time.


Desirability of ad placement is crucial in the advertising industry. Advertisers spend a lot of money to design an ad and buy ad space. They want to get their message across to their target audience as effectively as they could. This being said, they will always buy ad spaces which are optimized and desirably placed. A Skyscraper ad unit is supposed to be the first element of the sidebar and not anywhere else. 


The same goes for Leaderboard as the first visible element upon visitor's entry to the site and Large Rectangle right after your first blog post. When your blog's ad units are not located at these placements, it would severely affect the advertisers' decision to advertise on your blog as there are plenty of other blogs under our network with perfect placement of the ad units.


In addition, availability of ad units plays an important role for bloggers to be chosen for campaigns as well. All our advertisers split their budget evenly across all our 3 ad units, Leaderboard, Skyscraper and Large Rectangle whenever they advertise with us. That being said, the budget would be limited and might not be able to cover that many blogs for a particular ad unit. If your blog have all 3 ad units in it, your chances of being selected for campaigns would be fully maximized.


We'll do our best to sell the ad units of our bloggers as long as they're optimized and within our protocols. If the ad units are not optimized or they're not in the best interest for the advertisers, we cannot defile the practice of our company's policies and have our advertisers advertise on blogs which do not yield the best results for their campaigns. I hope that you will understand that it is important for advertisers to achieve satisfactory results for their campaigns in order for them to advertise more on blogs.


Trust in our system that if your blog has earned from campaigns, they will be credited to your earnings in due time.


Thank you and have a nice day!

Software untuk NEWBIE yang Zero Bab Website


Software untuk NEWBIE yang Zero Bab Website

Nak buat website perlukan kemahiran khas, nak kena belajar coding, belajar asas wordpress dan sebagainya. Kalau rajin pun, akan ambil masa 1-2 bulan untuk anda mahir!

Lupakan website, sekarang dah ada software yang akan memudahkan  urusan marketing anda.

[+] Nak kumpul database prospek, buat je optin page

[+] Nak jual produk dengan scarcity, letak countdown timer

[+] Nak jual buat offer & hadiah, buat giveaway page

[+] Nak dapatkan testimoni, buat page dengan FB comment


Nampak susah kan ?

Dengan software ni anda hanya  perlu isi tempat kosong je kemudian publish. Kerja anda jadi lebih mudah walaupun anda zero bab website.

Yang ni betul-betul power, tak perlu susah payah nak susun block, nak edit coding bagai. Isi je tempat kosong, terus siap landing page korang.

Software untuk NEWBIE yang Zero Bab Website

Software ni akan mudahkan anda buat landing page & optin form dalam masa 5 minit je. Ianya untuk menjadikan marketing produk anda lebih menarik.

[+] Buat landing page
[+] Buat affiliate page
[+] Buat giveaway page
[+] Buat optin page
[+] Ada countdown timer
[+] Ada optin form
[+] Ada fb comment


Software untuk NEWBIE yang Zero Bab WebsiteSoftware untuk NEWBIE yang Zero Bab Website


Kalau tak percaya, cuba tengok demo di sini (Demo Video CPVIDLANDER)

Dapatkan software dengan harga early bird di sini (Order CPVIDLANDER)

8 May 2017

Giveaway CASH RM1000+ Mei 2017 by Emas Putih

As-Salam

Giveaway CASH RM1000+ Mei 2017 by Emas Putih

Giveaway CASH RM1000+ May 2017 by Emas Putih di sponser oleh Emas Putih , Jimat Melancong Miamorzafirah , Saya Iday Mastura , Ryyhan , Uyul Rosli , Homestay Murah Melaka , Wawa Ashihara , Izzat Nazmi , Maisarah , Iuzira , Alepz , The Ruka , Dayang Deno , Hke Source , Ainy Zain , Shahera Perfume , Jiwarosak , Alepz , DiaHoney Lima Waktu



Giveaway CASH RM1000+ May 2017 by Emas Putih | Salam. Alhamdulillah terima kasih kepada sponser-sponser yang telah memberi kepercayaan kepada uzu untuk menjalankan Giveaway ni setelah sekian lamanya uzu berehat dari buat Givaway ..Dah lama sangat tinggal kan dunia giveaway. Haa maafkan uzu atas kelewatan.. Sepatutnya dah start lama dah tapi hm hm ada problem sikit . So uzu dipetang Ahad ni nak ambik kesempatan nak buat cecepat Giveaway ni eh.. Kesian korang tertunggu-tunggu..


Hadiah
Cash RM 50 x 20 Pemenang


Start
8 May 2017 - 8 June 2017


Dah siap? Sila tinggalkan link Giveaway CASH RM1000+ May 2017 by Emas Putih anda di ruangan komen. Thanks sesiapa yang sudi join.! Sayanggggg korang!! Btw, kalau ada problem mengenai GA ni, nanti korang komen eh kat bawah. Nanti uzu baca. Ok lah k bye Salam :)

3 May 2017

Blue Sky Tag: 11 shades of me

Assalamualaikum

Blue Sky Tag: 11 shades of me

Thanks to kak uyun aka senior i masa sek menengah dulu hahaha for tagging me in this challenge. Dah lama orang tak tag kite sobs sobss.

So, i copy jelaa rules ni dari blog kak uyun mihmih;

This is the rules:

🌸 Answer their 11 questions
🌸 Tag 5 people
🌸 Give them 11 questions to answer

Questions from kak uyun:


1. Apa pengalaman paling best dalam hidup?

Pengalaman paling best bila dapat merasa jadi salah seorang student kusiss even at first aku hari-hari menyumpah nak pindah sekolah sebab tanak duduk asrama dulu. Banyak benda yang aku belajar selama 5 tahun kat sana. Tak pernah menyesal sekolah kat situ *peace


2. Senaraikan favourite drama Malaysia, English. Jepun and Korea.

Act aku tak berapa minat layan tv sangat. Lelagi nak layan drama malas nak tengok tiap episod. Tapi kalau dah bosan tahap gaban tu terpaksa tengok gaklaa. Paling rajin layan movie jelaa sebab sekali tengok tu habis terus jee. Aku suka layan movie Syamsul Yusof wooo munafik woo desolasi wooo. Movie-movie camtu aku minat laa yg lain kureng heheheh.


3. Kalau diberi peluang pergi konsert Afgan, korang nak pergi ke tak? Kalau nak dengan sapa?

Tak nak hahaha. Tak minat konsert. Lelagi Afgan. *sowy ye fans afgan


4. Share experience tentang movie Harry Potter from 1 to 8.

Ni lagi satu. Aku tak layan movie Harry Potter sangat. Pernah lah gak tengok beberapa kali tapi takde rasa nak tengok lagi pun bhahaha sebab malas. *aku ni membosankan kan?


5. First time jatuh cinta umur berapa.

MashaAllah sisturrr yang ni tak tahu nak jawab cemana ahahahagagagaga. Tapi yang pasti time sekolah rendah dulu pun ada laa gak crush kat someone. Tapi pls ah lupakan. Sek ren kott. Hahahaha.


6. Pandai masak ke tidak? Kalau pandai pakar dalam apa (western ke, kampung ke dessert ke etc..)

Ya Allah ni lagi satu soalan cepumas. Tak pe ah i jujur je. Aku memang tak reti masak. Nak belajar masak tapi aku malas. Maybe nak kahwin nanti aku belajar ah hahahaha. Masak maggi goreng-goreng gitu boleh ah. Kena tunggu aku duduk rumah bujang dulu kot sebab aku mana boleh usik dapur ibu sangat agagaga.


7. Benda apa yg korang rasa paling bodoh pernah buat dalam hidup ni.

Tak tau nak bagi tau yang mana satu. Sebab banyak je benda bodoh aku pernah buat dalam hidup ahahaha. Yang ada dalam kepala otak sekarang ni adalah time sek rendah beli buku sticker RM2.50 tapi jual sebiji sticker dalam buku tu lima posen. Dalam buku tu ada 200 sticker. Kigha laa sendiri betapa kayanya aku masa tu.


8. Nyatakan genre music apa yang korang suka.

Aku suka qasidah. Tapi kengkadang aku layan gak era fm.


9. What do you think of yourself?

Comel dan hebat. *jangan pertikaikan pls.


10. Apa korg buat bila korang rasa down.

Termenung. Then tido.


11. Senaraikan 10 benda or orang paling penting dalam hidup korg.
  • Laptop
  • Wifi/Internet/Data 
  • Makanan
  • Air
  • Udara
  • Family
  • Kawan-kawan
  • Tempat tido
  • Duit agagagaga
  • *rahsia


Okay, so ni soklan-soklan khas yang perlu dijawab oleh orang-orang yang i tag lepas ni;




1) Kalau ada banyak duit, benda paling penting korang nak buat apa? Ceritakan.
2) Siapa idola korang? Kenapa?
3) Dah berapa crush korang pernah ada ahahagagaga setakat ni.
4) Subjek paling killer time sekolah menengah dulu?
5) Perkara paling jahat korang pernah buat masa zaman sekolah?
6) Ada pengalaman bekerja di mana-mana? Senaraikan.
7) Paling suka baca buku genre apa and senaraikan buku-buku best yang korang pernah baca.
8) Apa impian korang yang dah lama dipendam tapi sampai sekarang masih belum tercapai or hampir tercapai?
9) 5 facts tentang diri sendiri. 
10) Target nak pergi haji tahun bila? *ni doa ni jgn memain hahaha
11) Rajin bukak apa je? (email/twitter/blog/fb/insta/youtube/etc) *bagi link/username sekali huhu


Selamat menjawab hohoho.

Nanti komen link entri kat bawah ye :*

1 May 2017

Lirik The Faith - Persahabatanku (Locked Away Cover)

Lirik The Faith - Persahabatanku (Locked Away Cover)

PERSAHABATANKU adalah lagu tentang hakikat persahabatan. Sahabat yang baik itu, niatnya mesti semata-mata kerana Allah. Buktinya, sahabat itu perlu saling tegur-menegur, membimbing sesama mereka, menyimpan aib dan tarik tangan tika sahabatnya sedang menjauh.

Lagu ni adalah percubaan pertama THE FAITH untuk bawak genre macam ni. Sorry kalau kurang kualiti. Kami record 3 hari je. Hehe.

Jom dengar lagu Persahabatanku The Faith cover kat sini!


The Faith - PERSAHABATANKU
Lirik: Ustaz Adnin
Lagu asal: Locked Away
Mix & Master: Amin Nordin
Producer: Ustaz Adnin


LIRIK PERSAHABATANKU

(ANIQ)

Andai ku bersalah,
Dan andai ku tersasar,
Jujur padaku,
Would you still love me the same?

Andai ku kembali,
Merayu merintih,
Jujur padaku,
Would you still love me the same?

(FIRDAUS)
Kalau kau benar mencintai diriku,
Mencintaiku kernaNya,
Hulurkan tanganmu
Ku tahu diriku penuh dengan dosa,
Jauh dari sempurna,
Sanggupkah kau terima?

(FAHIMI)
Dikau tahu sahabat bererti
Kau aku saling mencintai,
Semata kerna ilahi
Bukan untuk selain dariNya
Andai tersasarku jauhi,
Dari perjalanan ini,
Janganlah kau putus-asa,
Menegurku bimbingku teman!

(ANIQ)
Andai ku bersalah,
Dan andai ku tersasar,
Jujur padaku,
Would you still love me the same?

Andai ku kembali,
Merayu merintih,
Jujur padaku,
Would you still love me the same?

(FIRDAUS)
Engkau dengarkanlah..
Andai pernah ku guris hatimu teman,
Sengaja atau tak sedar,
Maafkanlah diriku..
Andai aku jatuh dan tersungkur layu,
Kau simpanlah aibku,
Teman aku merayu!

(FAHIMI)
Dikau tahu sahabat bererti
Kau aku saling mencintai,
Semata kerna ilahi
Bukan untuk selain dariNya
Andai tersasarku jauhi,
Dari perjalanan ini,
Janganlah kau putus-asa,
Menegurku bimbingku teman!

(ANIQ)
Andai ku bersalah,
Dan andai ku tersasar,
Jujur padaku,
Would you still love me the same?

Andai ku kembali,
Merayu merintih,
Jujur padaku,
Would you still love me the same?

(AMIR)
Persahabatanku ini,
Bukan palsu tak bererti,
Ikhlas akan aku bukti..

(FIRDAUS)
Kan ku setia berjuang denganmu

(AMIR)
Persahabatanmu itu,
Ku harap ia tak palsu,
Kau buktikanlah padaku..

(FIRDAUS)
Pimpin tanganku menuju ke syurga

(ANIQ)
Andai ku bersalah,
Dan andai ku tersasar,
Jujur padaku,
Would you still love me the same?

Andai ku kembali,
Merayu merintih,
Jujur padaku,
Would you still love me the same?

Andai ku bersalah,
Dan andai ku tersasar,
Jujur padaku,
Would you still love me the same?

Andai ku kembali,
Merayu merintih,
Jujur padaku,
Would you still love me the same?

Would you still love me the same?