12 April 2017

Tips move on daripada CRUSH

Assalamualaikum


k, malam ni sebelum aku transfer jadi sleeping beauty en, diri ni rasa terpanggil nak share macam mana nak move on dari suka seseorang a.k.a crush laaa. tengok tajuk tu macam pelik macam cantik macam comel je ekk. kalau orang tak reti paham bahasa mesti fikir tips ni crush aku yang bagi ish ish ish. tak. tolong baca banyak kali sampai paham.


bila usia dah meningkat remaja ni en pepaham jelaa.


biasa kalau dah cinta bertepuk sebelah tangan ni, memang boleh menonggeng tahap ontot setinggi menara tm laa. belum cerita lagi kes yang belum confess kat crush lagi memang dah dapat sign or hint yang dia (crush) memang tak suka kita and ada makwe lain. haa tu tahap nonggeng boleh sama tinggi menara klcc dah.


kes manusia ada crush ni banyak. yang jenis smooth je tu yang dua-dua suka sama suka tapi diam je buat donno tunggu masa. yang jenis tak tenteram rumah tangga tu yang dah tahu masing-masing suka sama suka tapi tanak confess and nak pertahankan ego memasing kena laa cari pasal dengan crush jet jet macam benci tapi sayang purr purr.




semua nak rasa disayangi dan menyayangi sebab it's fitrah. Allah yang bagi. bukan hadiah dari pakwe ke hape. tapi kena cara yang betul laa. kalau belum masanya lagi kena laa pepandai kawal. itu namanya UJIAN.


i pun ada crushh gak dulu.. tapi tu dulu... dulu jelaa....




tapi i dah move on kihkihkih.


bila dah move on en, alahai rasa bodoh betul minat batchmate sendiri HAHAHAHA. kelakar laa wei, dahlah tak matang, obses cam tah pape je dulu. noob tul. tapi dah minat en dia kentut pun bau macam ambi pur. bila ada kawan kutuk crush kita tu en kadang rasa macam nak putus kawan je.


so kenapa kena move on? nampak biasa je...


perasan tak? orang yang crush on someone ni biasanya dalam otak diorang selalu ada muka crush. selalu fikir pasal crush. nak ke mana-mana mesti mengharap crush pun ada. bila crush ada mata tak lekang asyik nak pandang aje mata tak berkelip. hati tak tenteram asyik fikirkan crush lewls.


one thing is, benda ni buang masa. dan MELALAIKAN.


dalam tak sedar, kadang solat kita terlambat sebab sibuk duk stalk crush kat twitter, insta. mata duk berzina pandang crush banyak kali. hati duk berzina asyik fikir yang tak halal. time jalan kaki pun boleh terlanggar dinding sebab ternampak crush kat kedai sana.


zina? crush boleh dikira zina? baca ni,

http://www.tarbiahsentap.com/2014/07/7-jalan-zina.html


baca ustaz adnin korang bebel ni jap huhu,


Bila kita sebut crush, fenomena crush ni bukanlah setakat “cinta atau meminati seseorang dalam diam dan pendam”. Kebiasaannya, orang yang ada crush ni takkan berhenti sampai sini. Kerana itu, apabila sebut crush, saya boleh definasikan sebagai:


“Meminati seseorang dalam diam, dan dia menyimpan hasrat untuk meluahkan cintanya kepada orang yang dia cintai, sering mengingati orang yang dia cintai, sering memerhatinya, melihat wajah dan gambarnya, berfikir tentangnya, dan berhasrat agar orang yang dia cintai itu juga mencintainya…”


Kenapa saya definasikan “crush” dengan definasi di atas? Kerana, kebiasaannya, orang yang ada crush, orang yang ada meminati seseorang, dia akan melakukan perkara-perkara di atas. Jadi , berdasarkan definasi crush yang saya sebutkan di atas, maka hukumnya adalah DOSA.


Kenapa pulak dosa?!


Bukankah Allah suruh tundukkan pandangan? Kenapa kau sering memerhati crush kau? Bukankah melayani perasaan cinta itu dosa? Kenapa kau boleh fikir-fikir, bayangkan, menangis dan sering teringatkan crush kau?


Adapun, jika kita hanya suka seseorang dengan tiba-tiba akibat TERpandang (sila baca perkaraan TER tu 20 kali), dan kita rasa tertarik, dan kita usaha untuk tepis perasaan tersebut, maka tiada masalah. Saya pun pernah terpandang seseorang, lepas tu rasa lain macam dalam hati. Tapi, saya takde lah layan. FB dia saya tak friend, twitter dia saya tak follow, instagram pun saya tak follow, dan saya malas fikir pasal dia. Tak sampai seminggu, perasaan tu dah hilang dah.


Ingat, perasaan suka berlainan jantina tu normal. LAYAN tu, tak normal. Tu tanda hati rosak.


CINTA YANG ALLAH REDHA?


Banyak yang nak redha Allah dalam percintaan. Tapi malangnya, apa yang dia buat adalah mencari cinta sebelum nikah. Minat laki ni, minat perempuan tu. Adakah Allah redha? Apakah cinta yang Allah redhai?


“Cinta yang Allah redha adalah cinta yang di semai semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah, dalam rangka melakukan ketaatan padaNya, iaitu cintanya seorang LELAKI kepada ISTERInya! Cinta ini adalah cinta yang bermanfaat. Dengan cinta ini, mata dan hatinyaakan terpelihara. Oleh itu, orang yang bercinta sebegini, Allah akan PUJI, juga manusia akan puji!”
(Ibn Qayyim)



Lihat? Cuba highlightkan ayat:


“Iaitu cintanya seorang LELAKI kepada ISTERInya!”


Cinta sebeginilah yang Allah redha!


Cinta sebelum nikah?Bermula dengan crush-crush, kemudian luahkan, and couple, dan akhirnya zina. ADAKAH ALLAH REDHA?


Sebab tu, kita kena nilai dan tengok balik hati kita. Kita ni dah layak ke nak bercinta?Sekolahpun tak habis lagi! Komfem time kau masuk universiti, kita akan jumpa orang lain, pastu minat orang tu pulak. Sampai bila tak ke sudah!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


k laaa. disebabkan i dah move on, mungkin berdosa kalau aku tak share.


mula-mula buat bodoh dulu. buat-buat dia tak wujud. kawan tanya pasal crush aku buat donno. diorang kenen-kenenkan aku buat donno. terserempak kat tengah jalan dengan crush buat-buat tak nampak. buat-buat ko tengah fokus pandang benda lain. see? the power of buat bodoh muahahaha. start daripada sini je, kita akan mula rasa tak kesah dengan crush. lama-lama dah lupa yang dia tu crush kita hahahaha. tapi take time jugak laa. kalau kau tak usaha ko still nak layan nafsu kau minat crush tu asyik nak ushar dia je tak jalan gak. nak lagi senang cuba cari salah dia tapi jangan aibkan dia pulak. pendam dalam hati tu ko benci dia gila-gila sebab tu ini. 


entah, macam aku mula-mula aku cari salah dia pastu aku benci. lelama aku buat donno and then aku dah lupa daaa pasal dia. and sekarang ni takdelaa aku benci dia lagi dah cuma perasaan suka tu dah hilang sebab aku asyik buat tak tahu pasal dia en makin tak amik kisah so senang je nak lupakan. mihmih. 


then, anggap perasaan suka kau ni kerja kak syai dengan pak tan (syai tan). makhluk Allah ni memang saja je nak perangkap kita. dah tu memang kerja dia kan. tanamkan dalam diri,

"syaitan mesti kalah. bukan kita.''


kalau kat media sosial kita boleh unfollow semua akaun dia. nak lagi smooth kau block je. settle. pastu tak payah menggedik nak save no crush bagai. no mak no atuk nenek dia pun tak payah menggatal nak save. like i've said, BUAT MACAM DIA TAK WUJUD even korang akan selalu jumpa pun maybe satu kelas ke, jiran rumah sebelah ke, anggap je dia tak wujud.


kalau dia tu bestfriend korang, cuba laa jauhkan diri dari dia. bukan suruh putus kawan. tapi act takde keperluan pun nak berukhuwah dengan berlainan jantina. kalau betullaa nak berukhuwah kan, mesti sama-sama nak masuk syurga. so, macam mana? memasing kena laa jaga ikhtilat, baru sama-sama boleh masuk syurga :')


then cuba jauhkan diri dari kawan-kawan yang negatif and asyik cakap pasal crush or cintan-cintun. kawan ni antara orang yang senang mempengaruhi diri kita tau tsk tsk :')


dannnnnnn yang paling penting,


kurangkan genre-genre cinta di sekelilingmuuuu mihmih.

contohnya novel cinta, drama cinta, movie cinta, lagu cinta blablabla. percayalah kalau kita asyik layan benda cinta-cinta ni nanti diri kita sendiri yang terbuai and then hanyutssszz...


so, harap apa yang aku bebel ni membantu laa. dah ngantuk dah ni hikhik.


byee laila sa'edah!

10 April 2017

masa kecik-kecik dulu... (part 1)

assalamualaikum

masa kecik-kecik dulu, kalau pergi shopping memana ngan family, aku paling suka bila ibu singgah kedai sinma. kedai sinma tu kedai jewelry yang banyak getah rambut comey comey, skarf lawa lawa, pastu ada gelang, rantai, memang tempat aku ngan adik-adik aku cari bahan nak MENGGEDIK ala-ala datin kat situ.





dulu parents aku selalu bawak jalan-jalan kat the store sungai buloh tu. memang aku paling gumbira bila diorang kata nak pegi the store (padahal the store je pungg). lepas makan ke, sambil-sambil cuci mata kat kedai-kedai dalam the store mesti aku cari sinma. dulu aku mana reti pikir harga aku main bedal je even getah rambut harga rm5 sebijik pun peduli apa aku janji lawo :')


lepas puas shopping singgah gerai roti boy beli roti kopi tu buat makan dalam kereta otw nak balik ke rumah haaa semua orang mesti suka roti ni enn enn. dulu harga murah je tapi hmm sejak gst ni nak beli dua ketul pun rasa mahal :')


blessing your life with this roti gemokkkkkkkk


lagi satu kedai aku paling suka singgah ialah kedai buku. tak kiralah kedai buku popular ke mph ke tak popular ke kinokuniya ke semua aku suka! kalau tak singgah kedai ni time shopping balik rumah aku boleh dilanda kemurungan...


kalau dalam kedai buku aku suka beli stationary. tak kisah laa kalau kat rumah tu dah ada 80 batang pen pun aku mesti tambah lagi sebatang. konon macam souvenir baru balik dari kedai buku gitu. paling best en mak aku pernah cakap macam ni,


''sarah, hari ni ibu kasi sarah pilih 5 novel sarah suka. haa pilihlaa''


omaigad omaigaddddd! best nya. time tu memang aku gila novel tau. hey! tapi dulu aku baca novel budak-budak je masa tu belum terjebak lagi dengan novel cintan-cintun ek. biasa aku baca novel ain maisarah laa. haa ada lagi satu novel en aku obses gila-gila tau. novel tu dia macam siri tau. mostly tajuk-tajuk nya gini;


sarah dan senduk
sarah dan duit raya
sarah dan kasut tumit tinggi
sarah dan kompang
sarah dan anting-anting
sarah dan bunga mawar


sebab tajuk novelnya SARAH. hikhiks.


rasa bersalah pulak time tu kalau tak baca semua siri bhahaha. apehal sakai sangat aku dulu.


minat masuk kedai buku tu still ada laa. sebab aku memang gila buku (even kadang malas baca buku gak). sekarang pun aku jual buku hikhik.

@imanbookstore


zaman sekarang ni aku suka masuk kaison, daison japan, popular, jusco, butik, lepak scm, ioi, pizza hut, kfc, mekdi.... mana main dah beli jewelry kat sinma lagi... noob.



9 April 2017

terindu tanpa sengaja hikhik

assalamualaikum

dah lama rasanya tak membebel kat blog macam dulu-dulu. hahaha. ingatkan dah habis spm ni boleh lah nak update blog hari-hari. tapi kalau dah namanya pemalas tu jangan haraplaa beb muahaha. so aku rasa macam nak buat comeback laa pulak. cumanya takdelaa majlis kesyukuran ke apa ke aku nak buat comeback kat blog ni ek.




sorrylaa kalau rasa aku sombong selama ni sebab aku ignore komen/chat korang kat blog ni mihmih. bukan apa. saya busy hikhik.


lepas spm, ramai kawan-kawan aku dah kerja. kerja sementara jelaa kan. aku ni dah bulan 2 pun still menganggur je kat rumah. area rumah aku ni banyak je kedai. peluang pekerjaan untuk lepashan spm macam aku ni belambak je sebenarnya tapi tulah. aku pun tak sure sebab aku ni malas or tak terfikir nak kerja.


last-last bulan 3 aku kerja laa gak. aku merayau dengan kawan aku cari kerja kat area taman perumahan aku ni. and aku dapat kerja kat kedai spec. tapi aku bertahan sebulan je mihmih. ntahlah banyak benda aku tak tahan bila kerja kat situ huhu. tapi at least aku dah ada gaji ni aku ada laa modal sendiri enn nak buat macam-macam huhu. contohnya nak run bisnes. tak payah nak pinjam modal ibu lagi. inshaAllah laa kan? hikhik.


ramai orang yang aku jumpa en, diorang kerja semata-mata nak duit tau. maksud aku, diorang kerja tu sebab ada benda dalam wishlist diorang yang diorang nak beli. lelagi budak lepasan spm. bukan nak mengutuk apa (aku ni pun lepasan spm gakk) tapi mostly bila aku tanya mana pergi duit gaji kau kerja sebulan? dah habis. yelaa mungkin majoritinya fikir nanti kita nak masuk U, lepas tu dapat kerja, mesti dapat duit lagi kan?


bagus jugak ada yang kerja sekarang sebab nak kumpul duit masuk U nanti kot kot laa tak dapat biasiswa en. hishh zaman sekarang ni kalau sebut bab ekonomi memang rasa nak nangeshh weyh tsk tsk.


sebelum aku kerja bulan 3 tu, aku banyak jugak pergi konferens and seminar pasal ekonomi & bisnes. banyak bendalaa sharing dari orang-orang hebat yang aku dapat. banyak yang menyedarkan aku bila diorang banyak share pasal keadaan ekonomi negara kita.


dengan keadaan ekonomi kita sekarang ni, ramai orang berlumba-lumba nak maju dalam bisnes. berduyun-duyun orang join seminar and kelas saham or bisnes sebab nak maju dalam bisnes. ramai orang takut kalau diorang tak cuba nak maju dalam kewangan diri sendiri dari sekarang, untuk masa akan datang kita akan susah nak survive. begitu juga dengan aku. ye, aku sedar. aku muda lagi. macam pelik pulak budak umur macam aku dah cakap pasal benda-benda ni. huh.


kalau ikut islam pun, 9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan. motif hidup aku bukan setakat nak masuk U, then dapat ijazah, lepas tu kerja bawah syarikat orang, naik pangkat, gaji beribu, jadi orang bawahan boss, lepas tu pencen and then hidup dengan menikmati duit pencen. then masuk kubur. no no no.


aku sarankan korang baca buku kim kiyosaki dan robert kiyosaki. kalau tak tahu nak beli kat mana boleh pm kat aku, beli kat aku mihmih. buku-buku diorang banyak ajar kita cara nak bebas dalam kewangan. means kita setiap bulan boleh jana income yang lumayan tapi pada masa yang sama kita ada masa dengan keluarga yang berkualiti, kita tak stress. and akan ada satu masa, duit yang bekerja keras untuk kita, so bila kita tua nanti kita boleh hidup senang lenang tanpa bekerja untuk duit lagi tapi duit yang bekerja untuk kita.


sorry eh, aku bukannya nak promote bisnes mlm atau bisnes promote, share and pos risalah mende mak nenek tu. cuba matang sikit. nak hidup zaman sekarang ni memang mencabar. kalau kita masih nak harapkan subsidi, bantuan kerajaan, bantuan zakat, ihsan orang lain tu, jangan harap kita boleh berjaya sebab nak berjaya semua tu mesti atas usaha sendiri. apa-apa pun kita kena rajin korek ilmu. jangan harapkan silibus kat universiti or sekolah je. act banyak lagi ilmu kat luar yang kita belum jumpa.


konon nak berjaya itu ini tapi nak korek ilmu pun malas. amboi amboi amboiii.


haa kan dah membebel panjang pulak makcik sarah ni. aku dah kata bahaya kalau aku buat comeback ni.


aku dah tak tahu nak bebel apa dah ni.


aku rindu sekolah je skrg ni.




nak hangout pun duit takde. hmm duit lagi.

15 March 2017

Kenapa LAZADA pilihan yang TERBAIK?

Assalamualaikum.


Okay. Macam ni. Zaman sekarang ni, macam-macam cara dah kita boleh shopping. Baik offline, baik online. Semuanya dah semakin mudah dan senang. Dengan kemajuan teknologi yang makin berkembang pesat lagi ni kan huhu. Sometimes, kalau rasa malas sangat nak beli barang kat kedai, boleh shopping online je tak payah keluar rumah. Jimat masa, jimat duit minyak. Penat berjalan pun kurang haa (kalau shopping kat mall kaki mesti lenguh). Haha. Kalau aku laa (mata rambang).


Kadang-kadang ada barang yang kita nak, tapi kita susah nak dapat. Salah satu sebabnya, mungkin kedai jauh. Or tak ada masa nak walk-in kedai. Tapi apa nak risau zaman sekarang kan? Dah berlambak portal online yang kita boleh cuci-cuci mata sambil membeli. Best kan? Bayar duit postage je. Yang redah panas hujan hantar barang korang tu abang posmen, korang boleh goyang kaki kat rumah je tunggu barang sampai depan mata. Simple!


Biasalah kita orang perempuan. Mata memang selalu rambang kalau nampak barang baru/cantik. Lagi-lagi kalau harga time tu tengah offer gila-gila haa time tu rasa duit tengah berkepuk-kepuk dalam poket haha (padahal bape hengget je ado huhu). Sambil-sambil aku blogging ni kadang aku suka jugak ushar-ushar barang online. Hehe. Antara website yang aku suka cuci mata ushar barang murah ialah LAZADA.



Apa yang aku suka pada LAZADA?


Lazada ada macam-macam barang aku boleh shopping. Dah macam shopping mall aku tengok. Dari barang keperluan rumahnya, set penjagaan peribadi yang tip top, gajet best-best, dan yang paling best banyak jubah lelawa kott! Murah dia jangan cakap laa. Diskaun memang hari-hari ada, tengok barang laa jugak. Kalau rajin survey boleh dapat diskaun banyakkkkkkkkkkk gila sampai rasa nak pengshan.




Barang dia pun dah disusun ikut kategori. So, senang kita nak pilih-pilih. Tekan click je barang dah kluar depan mata haa kalau kat shopping mall kena berjalan dari satu sudut ke satu sudut. Nak memilih pun lama. Yelaa kasut belah sana, baju belah sana. Lagi pulak kalau jenis yang nak shopping barang anak dengan suami. Tak ke kena berjalan setiap tingkat untuk cari baju lelaki laa, baju kanak-kanak laa. Kalau kat website Lazada senang je, tekan click tak sampai seminit je dah jumpa barang yang kita nak. So, bolehlah rasanya simpan penat lelah tu untuk benda lain huhu.


One more thing, kalau sesiapa seller yang ada barang nak jual kalau nak jual dekat Lazada pun boleh. Jual apa-apa pun boleh haa. Lagi pun website Lazada ni boleh reach bermillion potential buyers tau so kita as seller boleh dapat prospek through Lazada je selain dari platform kita sendiri. Dah senang lagi satu kerja kita kan?



Tak kisah lah korang ni peniaga kecil ke, ada syarikat ke apa semua boleh cari prospek or customer melalui Lazada. So, kerja korang jadi tak banyak lah sebab Lazada yang akan carikan buyer untuk korang. Senang beb zaman sekarang ni :')





Korang yang jadi seller kat Lazada, macam aku kononnya ahaha, sambil-sambil tu boleh tambah ilmu. See? Semuanya dah complete. Tak faham apa, boleh tanya centre diorang.



Shopping kat Lazada ni, kita toksah susah payah redah jalan jammed, nak kena bersesak-sesak dengan customer lain nak berebut barang (macam kat kedai bundle haha) and takyah beratur panjang nak membayor macam kat jusco time tengah sale (perit kot beratur panjang). Kat sini kita boleh shopping macam-macam brands tak kisah lah brand local atau pun international.



Wishlist 


Kalau aku dah selalu ushar-ushar Lazada mestilaa aku ada banyak wishlist kot ahaha cuma belum sampai masa untuk membeli lagi kot, tunggu gaji (eh?) laa ceni huhu. So ni antara tiga Top Product Picks aku laa.



ni pun dah sampai 78% wowww wowww! ada banyak lagi jam lawo lawo tapi design yg ni paling aku berkenan laa haha.

 

beg lawa pun boleh dapat harga macam kat pasar malam. yang penting is the QUALITY and harga murah hew hew.


well, beli phone pun boleh jimat RM100 kat lazada kott vivo v5 dah lah lawo.



Cadangan supaya Lazada boleh improve :)


Kalau boleh meriahkan lagi website tu or ceriakan lagi, it's better. Lagi satu, adakan banyak festival or party untuk online influencer ke sebab orang ramai suka festival and promotion gila-gila sale haha, lantik seorang duta atau face untuk Lazada online sebab dari situ Lazada boleh mudah dikenali ramai sebab ada seorang duta/influencer/face.



Happy Birthday Lazada!


Apa-apa pun, semoga terus maju dan mampu memberikan perkhidmatan yang TERBAIK untuk semua customer korang. Semoga Lazada sentiasa menjadi pilihan no.1 rakyat Malaysia! Haha.

:)




PERHATIAN PERHATIAN! Lazada Birthday Sale nak lalu :D

Untuk pengetahuan korang, bersempena dengan Anniversary Lazada yang ke-5 ni, diorang ada buat birthday sale gila-gila kaw so rugi laa siapa tak cuci mata kat website sekarang sebab sale sampai 24 Mac jerr so cepad cepad! haha lambat rugi.

Korang boleh shopping barang dengan harga gila kaw kaw sampai 90% kot. Siapa taknak?

Klik di sini untuk Lazada Birtday Sale > http://www.lazada.com.my/birthday-sale/

14 March 2017

Segmen Bloglist April 2017 by Farah Shahidah


Blog ni banyak share pasal personal chapter je. Tak lebih dari suka post entry mengarut macam mak nenek. Cuma kadang-kadang ada laa jugak share tips/info sikit. Sikit je laa hahaha.

23 February 2017

Latihan sukarelawan sukan sea

assalamualaikum


meoww meoww




alhamdulillah tahun ni negara kita yang terchennnta ni jadi tuan rumah untuk sukan sea. so bulan 8 ni kita akan terima ramai tetamu dari negara-negara asean laa. haa macam open house pulak.


tak silap aku laa, permohonan untuk jadi sukarelawan ni pernah dibuka sejak setahun or dua tahun lepas haha aku pun tak hengat. tahun ni kan aku 18 tahun (cukup-cukup makan je umur aku even belum fully 18) and aku mohon jadi sukarelawan ni tak ingatlaa sama ada time aku form 4 or form 5. lama sangat dah sampai tak ingat tapi yang pasti masa aku mohon tu aku duk kira-kira nanti 2017 aku dah 18 tahun so umur aku lepas so aku boleh mohon.


mohon pun sesaje je memula sebab aku baca kat blog orang lain masa tu yang diorang ramai dah register nak jadi sukarelawan cuma tunggu jawapan dari pihak kbs (kementerian belia & sukan) sama ada dapat or tak kiranya sape yang dapat tu kira untung laa. aku pun mohon jelaa. siap simpan lagi code volunteer aku smpi sekarang (padahal code tu tak guna langsung pungg huhu).


akhir tahun lepas (lepas dh meredekaa dari spm tu), agak kecoh laa yang ramai dah dapat email panggilan untuk datang training sukarelawan sukan sea kat ukm. aku tunggu jelaa turn aku dapat email tapi tak dapat-dapat sampai nak nangesss kot.


then kebetulan sorang kawan aku ni (ain maira) dah dapat email tu, itu pun dia gi dm twitter sukan sea tu depa bagi satu link suruh isi balik. then dia dapat. ain pun bagi link tu kat aku. dua kali kott aku isi borang dalam link tu hahaha punya tamak kau takut tak dapat. at last, i dapat *mukahaghu


aku pergi masa 18 sampai 19 feb ritu. aku masuk dalam kohort 13. kohort ni dia macam batch laa. aku baru tahu total sukarelawan yang terpilih ada 13 RIBU orang huhu. ramai nak die. setiap kohort dia max kan 500 orang je tapi kohort 16 tu rase nak terberak aku tengok. mau kena guna 5 dewan kat ukm nanti.




bila dah last minit en aku rasa macam malas pulak nak pegi. yelaa duduk rumah je rasa beghat hati nak tido kat ukm even satu malam. tapi ain kata, dia pun rasa macam tu gak memula, tapi bila dah pergi tak nyesal. so aku pegi jelaa even action aku macam budak sek tanak balik asrama padahal nk tido sana satu malam je.




act asrama yang aku menginap dengan peserta lain ni aku pernah duduk sebelum ni masa aku pergi seminar spm tahun lepas dengan kawan-kawan aku. so kira aku dah expert ah dah tau toilet kat mana, nak keluar kot mana dekat, kat cafe ada jual apa. hahaha diorang siap cakap, 'sarah macam tau je semua tmpt kat sini, macam student pulak,' hahaha amiin. student ukm woo.




dalam dewan ni seronok gila. teringat zaman sekolah aku time dalam kelas takwa dulu. rindu kot hahaha. tapi satu dewan ni dari yang tua sampai yang muda dia campur sekali so kau tau tau jelaa bila ada owang tua warga berumur buat lawak dalam dewan cane en. dahlah nampak comel, kelakar nak die pulak tu. adoooi. sumpah tak boleh tahan gelak even kitorang saling tak kenal tapi semua dah macam femily.. aha sweet tak? tapi siyes ah semua sporting kot.


diorang ni macam-macam jenis ada. yang lecturer ramai, student pun ramai, doktor gigi pun ada, pekerja swasta pun ramai, bomba pun ada haaa kau. tekejutzz mak nenek aku ada bomba nak jadi sukarelawan gak hahaha inilah 1 meleysiaaaa yuhuuu! paling tua yang jadi sukarelawan ni sorang pakcik india umur dia 78 tapi dia kohort lain (kohort lama). gilaa kau umur dah 78 pun semangat patriotik tinggi benorr haa. yang bawah 18 pun ada gak sebenarnya dua tiga orang. cemana diorang lepas pun aku tak taulaa.




yang perempuan pakai baju putih line merah tu kitorang panggil dia aunty ana. dia macam mommy kitorang kat sini, yelaa umur dia pun lagi tua dari mak aku kot dia pun datang sorang so dia pun terpaksa laa kawan dengan orang yang baya-baya anak dia hahaha. thanks aunty belanja nasi goreng. sebelah dia yang tudung hitam baju oren tu pulak nama dia aina, dia sebaya aku and dulu sek teknik kt kl. kami nebess nak amik result spm huhu. kitorang kalau ke mana-mana mesti sama-sama dah macam genggster pulak. aku duduk dengan lagi dua orang kakak kat belah atas. time dalam dewan kitorang terpisah sebab kitorang group lain and masa tu aunty ana dengan aina terlambat sikit dari kitorang bertiga yang kat atas. kitorang takdelaa sebilik semuanya tapi bilik kitorang semua berjiran je dekat.




time ni kitorang semua kena lawan hakka ikut group (ni bukan group aku, gamba rembat dalam grup ws je). groupnya ikut negara-negara asia laa ada 11 semuanya. kalau tak tahu hakka tu apa gi search kat youtube. dia macam cheers tapi lagi gempak ko kena joget-joget, ikut suka atilaa cane yang penting kena gempak huhu. paling best and paling gempak group malaysia (bukan group aku jugak).




siapa last pegang bola tu masa lagu habis kena gi depan berlakon sketsa. nasib aku sentiasa baik sebab aku kat hujung dunia atas nun huhu. ada lagi sbiji bola kat belah atas tengah dicampak-campak jugak. semua kecut masa ni hahah. aku lek je kat atas nuh.




ni semua antara yang volunteer nak berlakon kat depan. diorang dapat cekelat as a gift. yg tudung pink tu roomate aku, kak hanis.




yang ni pun tgh berlakon tapi part lain. yang baju hitam terduduk kat stage tu laa yang bomba tu. sumpa kelakar diorang berlakon.




time ni kitorang dah dipecahkan kepada beberapa group dan setiap group ada bilik tertentu kitorang kena berkumpul untuk jalankan modul lain pulak. satu group 50 orang. haa dalam bilik ni semua wajib berlakon. dalam 50 orang ni, dipecahkan lagi 10 group. aku paling ingat dialog aku cuma, ''kucing mati..".





uncle baju merah tu en, dia dalam dewan duduk dekat je ngn aku. dia ni lecturer and orang sarawak tak silap. dia ni sumpah kelakar. ramai orang suka tengok dia berlakon. tapi dia macam aw aw sikit (haha faham en). mulut pun becok (dah namanya lecturer). dan dialaaaa paling cepat terhibur time dalam dewan, bila speaker cakap lawak sikit je, mesti gelak dia paling timbul and semua orang akan turn point kat dia. maybe dia memang jenis yang cepat terhibur and gelak over hahaha.




all group 9, kalau rajin carilaa aku *muka paling tak senonoh


lepas habis aktiviti ikut group, kitorang solat and makan (yg ni paling best). makan dia memang sedap gilerrr and lauk banyak. maybe dia takut ada org tak boleh makan ikan or ayam so dia letak dua dua sekali. then masuk dewan balik untuk slot last and balik yahooo!


ni adik beradik yasin tak silap. tak sure sama ada dia abang or adik yasin.
ni ada aku highlight kat bawah ni.




bulan 4 or 5 ni nanti ada training untuk kali kedua pulak. pastu dapat baju ngan seluar. haih tak syabarnyaa lah. btw setakat ni laa berdasarkan apa yang aku mohon ritu aku jadi volunteer bahagian sajian dan aku choose sukan memanah. tapi kalau boleh tukar rasanya aku nak tukar kot. sajian nnt kena suntikk T_T and tetiba rasa nak pilih sukan wushu pulok huhu.


maskot tahun ni, nama dia rimau.



so marilah kita support sukan sea 2017 caiyokk. hahaha.

https://www.facebook.com/kualalumpur2017/

http://www.kualalumpur2017.com.my/

https://www.facebook.com/sukansea/

https://www.facebook.com/sukarelawanSukanSea2017/

https://www.facebook.com/VolunteerSeaGames2017/



semoga tahun ni malaysia banyak menang pingat (emas) amiiin.





21 February 2017

8 tips untuk lajukan laptop / PC anda

Assalamualaikum




Selamat mencuba!




1. Uninstall Software Sampah


Orait, selalunya apabila kita membeli Laptop/PC baru tidak kira apa jua brand, selalunya manufacture akan includekan skali software preinstall kedalam peranti tersebut.


Walaupun terdapat sesetengah software itu berguna dan bermanfaat untuk kita namun terdapat juga software yang diinstall tidak penting untuk kita dan boleh melambatkan kembali operating system untuk beroperasi.


Solusinya adalah dengan menuninstallkan software yang tidak penting tersebut dengan menggunakan windows unistaller yang disediakan oleh windows sendiri atau menggunakan third party software seperti Revo Uninstaller yang berfungsi membuang segala software yang tidak diperlukan dan memberatkan windows itu sendiri.




2. Kawal StartUp Operating System


Haa, yang nieh diantara yang penting juga sekiranya inginkan windows berfungsi sepantas mungkin sebaik power button ditekan.


Startup nieh penting bagi windows kerana semua software yang penting untuk mengerakkan windows perlu beroperasi sebaik windows berfungsi. Sekiranya startup tidak berfungsi, kegagalan untuk windows untuk berfungsi adalah tinggi.


Namun, seiring dengan masa, kita secara tidak sengaja menginstall software-software lain yang juga secara sembunyi menggunakan kelebihan startup untuk kegunaan software itu sendiri. Sebagai contoh adobe acrobat, apple itunes, menggunakan fungsi startup untuk memastikan software berfungsi pantas. Ini menyebabkan windows terpaksa bekerja lebih masa untuk memproses startup yang tidak perlu.


Laptop admin dulu sampai setengah jam kena biarkan on nak bagi dia load semua startup baru boleh guna, tidak kalau dok kacau alamatnya sistem crash la jawabnya. haha





3. Tutup Windows Aero Pada Operating System


Nah ini penyelesaian yang berkesan juga. Windows Aero ini adalah animation yang membuatkan windows kelihatan menarik untuk digunakan akibat effect-effect yang memukau dimata tetapi ia didatangkan dengan kesan pada performance peranti.


Bagi peranti yang mempunyai kuasa yang kurang, Windows Aero ini secara tidak langsung dapat menganggu prestasi peranti itu sendiri kerana Windows Aero menambah beban kepada windows untuk memproses data.


Kepada pengguna yang mementingkan prestasi sehabis baik, ini mungkin diantara penyelesaian yang terbaik untuk anda.


Tapi, windows interface jadi seperti windows 95, 98 dimana memang nampak old school habeh. Peduli apa janji performance tiptop. gitteeww.




4. Scan Virus Secara Berkala


Virus dengan Laptop/PC berpisah tiada. Seiring dengan kemajuan Laptop/PC, virus pun semakin maju didepan.


Sejarah virus agak lama dan hampir selari dengan kewujudan Laptop/PC itu sendiri. Virus ini dihasilkan secara tidak sengaja atau disengajakan oleh developer. Dan mostly virus ini bersifat jahat dimana ia akan cuba take over sistem Laptop/PC untuk kegunaan mereka sendiri.


Walaupun akan kegerunan mendengar bahayanya virus, namun jangan bimbang. Dimana orang jahat berada, pasti ada orang baik ada disitu untuk menyelamatkan keadaan. Penggunaan Anti VIrus pada zaman sekarang dikatakan menjadi suatu keperluan dan kegagalan memasang Anti Virus boleh menyebabkan sistem mudah terdedah kepada Virus akibat kebanyak peranti bersambung terus dengan internet.


Jadi, pastikan sentiasa scan Laptop/PC anda selalu dan jangan lupa mengupdate database Anti Virus selalu. Ini kerana, Virus sentiasa evolve dan Anti Virus juga perlu evolve seiring bagi membasmi Virus yang semakin degil dan nakal dari hari ke hari.


So gais, basmi Virus sepantas dan setuntas mungkin.




5. Bersihkan Hardisk (Disk CleanUp)


Yang nieh, seperti yang diperkatakan, nampak mudah bukan, cari data-data sampah dan delete untuk menambah ruang dan kelegaan hardisk.


Tapi


Bagaimana kalau nak buang sampah yang berada di dalam Local Disk C / Windows Partition ? Susah 
bukan, silap delete alamatnya sistem crash la cik oi.


So, jangan bimabang ada solutionnya, bagi windows didatangkan skali dengan DISK CLEANUP dimana ia akan membuang data-data sampah secara selamat. Prosesnya juga tidak susah dan boleh digunakan oleh semua pengguna.


Disk cleanup ini penting kerana ia akan menambahkan prestasi peranti dan mengurangkan masa windows untuk memproses data.


Sekiranya, laptop/PC anda sering update, kemungkinan data sampah adalah banyak dan boleh menggunakan disk cleanup ini membuang sampah-sampah tersebut.




6. Defrag Hardisk


Ya, defrag hardisk merupakan diantara cara yang mudah dan sering digembar-gemburkan oleh kedai 
PC.


Defrag ini sebagai analogi ibarat library yang mengandungi buku-buku. Buku-buku yang tidak dilabel dan disusun secara tidak sistematik menyebabkan para pengguna sukar untuk mendapatkan buku pilihan dengan cepat dan menyebabkan pembaziran masa berlaku di situ. Jadinya dengan labeling dan susunan buku secara teratur menyebabkan proses carian menjadi lebih pantas dan efisyen. Konsep ini boleh diapplykan pada fungsi defrag.


So, rajinkan diri untuk defrag hardisk anda ya.


Owh ya, untuk SSD pulak rajinkan trim SSD anda untuk prestasi yang lebih mantap.




7. Upgrade Hardware


Yang nieh sesuai kepada sesiapa yang mempunyai kewangan yang stabil dan diantara cara yang mudah untuk meningkatkan prestasi Laptop/PC secara cepat.


Bagi laptop, boleh consider untuk menambahkan RAM, tukar SSD. Untuk laptop selalunya upgrade agak sukar kerana kebanyakan hardware diffused skali menjadi satu board dan seandainya prestasi masih belum memuaskan boleh consider untuk menukar kepada laptop yang baru.


Bagi PC, proses upgrade adalah sangat senang dan keupayaan untuk upgrade adalah sangat tinggi. Ini kerana, kebanyakan hardware bersifat modular dan boleh ditukar-tukar komponen sesuka hati tanpa perlukan overhaul secara total.


PC ada yang mencecah sampah RM20K, dan ofkos performance dia luar biasa tapi bersiap-sedialah menangis mengeluarkan wang. Tapi yakinlah pelaburan anda ini tidak sesekali merugikan anda dan anda boleh main GTA V dengan penuh bergaya. Semua setting ultra. hihi




8. Format Windows


Yang ini untuk tahap windows dah tak boleh buat apa-apa dah. Semua kaedah sudah dicuba dan masih tak laju-laju windows. Anda boleh consider untuk format semula windows. Format windows menyebabkan peranti anda kembali ringan dari tanggungan dosa lampau. eh ?


Kenapa format windows menyebabkan Laptop/PC jadi ringan dan laju ?


Format windows nieh akan reset semula sistem kepada default setting dan semua data akan hilang. So, kepada yang nak format kena sediakan backup sebelum format ya.


Selalunya format windows sekitar RM30 saja. Murah tapi puas hati.



Sumber tips : Topi Works Malaya

20 February 2017

Panduan Lafaz Niat Solat Jamak

Assalamualaikum

Solat jamak terbahagi kepada dua iaitu jamak taqdim dan jamak ta'khir.
Kalau tak faham, boleh komen kat bawah. :)














16 February 2017

Ular dan bomba

assalamualaikum! huhu.


waktu tu aku tengah makan sorang kat dapur. sorang adik aku tengah buat homework kat atas. mak aku pulak bawak adik aku lagi dua orang nak hantar sorang tuisyen, lagi sorang nak bawak beli tudung koko untuk esoknya.


time tengah makan nasi kat dapur tu entah kenapa tetiba aku throwback time aku sek rendah dulu pernah sekali ayah baru amik dari taska je, balik rumah satu taman kecoh sebab katanya ada ular tedung ke apa ntah merayap kat taman tu and then ular tu tak tau dah masuk kat rumah mana satu. masa tu memang agak seram ah. ayah dulu siap selongkar arwah rak kasut kayu (skrg rak tu dh xdak, arwah) kot nak check kot kot ular tu menyorok dalam kasut-kasut kitorang ke en.


tiba-tiba adik aku yang nak beli tudung tu (qila) lari-lari masuk rumah pastu jumpa aku cakap,

''akak, ada ular kat luar kak!"


memula aku fikir, 'eii budak ni menipu je keje,' yelaa i baru je throwback pasal ular tetiba dia datang kata ada lagi sekor. huh. muka aku memula tu blur gak ah. pastu qila tarik aku suruh pi tengok. aku baru makan berapa suap je kot. pastu aku basuh tangan terus naik bilik mak aku, aku intai dari dalam nampak mak aku tengah call bomba, jiran aku pulak teman mak aku kt luar, peratikan ular tu takut dia lari masuk rumah tetibe en.


lelama aku nampak ular tu dah masuk kat halaman rumah aku masa tu aku pulak yang cuak takut tetiba dia kluar kat mangkuq jamban ke haa. adik aku tengah buat homework aku duk panggil-panggil suruh tengok sekali.


''naa (dina), pakai tudung siap-siap kot kot ulor tu muncul dalam rumah ni kang at least boleh lari terus tayah cari tudung,"


huhu.


aku dengan dina jadi tukang perati ular tu dari bilik mak aku jelaa takut ularnya lari. besar woiii aku tengok pun geli gelemennn eii. panjang jangan cakap ah. nunggu bomba memang lama woii sebab balainya agak jauh kt sungai buloh.


setiap kali ada kereta lalu je mesti aku kata,

''haa bomba dah sampai!"


kepala hoo aku hahaha. yelaa aku ingatkan kalau memalam cemni setakat ada ular maybe bombanya datang naik kereta hahaha. kat taman aku ni pulak memang ada budak-budak jenis merayap naik basikal tau haa apa lagi, rumah aku jadi persinggahan diorang laa. ramai pulak jiran-jiran keluar rumah bila kereta bomba masuk taman kitorang. rasa macam femes pulok malam tu hikhik. padahal ular sekoq ja.



view dari bilik mak aku, tempat aku ngn dina jadi pemerati. gelap enn.


time bomba-bomba tu keluar dari kereta diorang tu en, aku ngan dina dari atas,


'abang bomba i love you dah sampai ahh, yeay'


ahahaha what the~


act rumah aku ni rumput memang dah lama tak potong pun huihui. dengan gelapnya so macam payah sikit ah nak cari ularnya balik sebab ular nya dah tak tahu dah lari ke mana. nasib baik diorang bawak torchlight. tapi baru berapa minit cari bombanya dah nak balik, siap suruh mak aku sign tanda diorang takde bawak bukti (ular) balik.



ayoyoyo bangg carilaaa sampai jumpa! baru berapa minit cari dah give up ke attoyaii. ular tu dah tau ramai orang datang cari dia mesti laa dia menyorok. at last jiran aku suruh cari kat sepanjang longkang sampai belakang rumah kitorang. haaa, jumpa pun. yang paling kelakor nya boleh bomba tu kata kat jiran aku,

''lain kali kalau nampak ular abang ketuk je pakai kayu''


mana nak ketuk pakai kayu je kalau ular dah besar tu bangg oii. diorang len citer laa diorang bomba. aduih buat lawak tak kelakar pulak dia ni. nasib baik hensem.



aku pun masuk rumah balik. nak sambung makan. tak perasan pulak aku basuh tangan tak bersih ada daging dah melekat kat tangan dah keras. time makan tu aku ngan adik-adik aku sambung cerita laa pasal ular ngan bomba, qila kata,


"tapi sedih ahh hisham hamid tak datang tadi,''



kepale dia hisham hamid hahahaha!



and pagi tadi mak aku baru je panggil bangla potong rumput. nampak lawa je halaman rumah hahaha serik kot.


p/s : siapa nak beli buku boleh check ig @imanbookstore


bye!