30 December 2016

Bandung, Indonesia - Day 1

Assalamualaikum

dalam jadual penerbangan, flight kitorang ke bandung pukul 6:40 pagi. so dari rumah kitorang gerak ke klia dalam pukul 4:40 pagi macam tu. sampai sana dah 5:30 pagi. kira sempat laa en. ada satu jam sebelum flight. sepatutnya lah.

Bandung, Indonesia - Day 1

sampai sana je, kaunter imigresennya bukak berapa kerat je. pastu ramai gila orang! kau rasa? beratur tunggu turn je dah amik masa dekat sejam. kitorang pun sabar jelaa tunggu. tak taulaa pulak ramai flight pepagi en. mungkin diorang semua terlambat bangun kut tu yang ramai sangat tu. sambil beratur tu kitorang asyik tengok jam je takut terlepas flight.

lepas dah pass kat kaunter imigresen tu, punyalah kitorang berLARI kejar masa sebab memang dah terlambat dah. aku tak pernah rasa kena missed flight tau maybe aku ingat boleh nego lagi dengan akak yang jaga pintu tu nanti. tiba-tiba time scan bag tu, mak aku ngan adik aku dua orang terpaksa tunggu sebab orang depan diorang tu ada menatang apa ntah dalam beg diorang so pihak kastam suruh diorang tunggu dulu sebab nak check bag orang depan diorang tu. weyh, dia tak tahu ke yang kitorang dah lambat boleh lagi dia suruh kitorang tunggu turn. tak boleh ke lepaskan mak aku ngan adik aku dulu baru check bag orang tu? huh.

tengok screen flight ke bandung dah closed. oh my! ayah dah, 'habislah kita,' sambil tengok ibu ngan adik-adik terpaksa tunggu kat belakang orang tu. grr.

sampai kat pintu tu, punyalah kitorang merayu kat akak tu bagi kitorang masuk. akak tu kata kitorang dah lambat seminit. hahaha seminit weyh. ada 11 orang termasuk family aku yang tak sempat masuk so akak tu suruh kitorang keluar balik pergi ke kaunter tiket yang mula-mula kitorang sampai airport tadi. kay ini gila. aku rasa aku dah nak kurus dah duk berlari kejar flight tadi lepas kaunter imigresen tu. last-last kena keluar balik kaunter imigresen tu kelakar apa. penat kitorang beratur panjang.

kitorang terpaksa bayar penalti sorang seratus lebih (bukan ktrg yang bayar laa mak aku gak ah yang kena bayar). pastu next flight pukul 5:00 petang. fuhh. kitorang dah rugi sehari. tak tau nak buat apa, peyut pun dah lapar so kitorang gi sarapan kat marrybrown dulu. lepak lepak sebab masa panjang en. masa tu baru pukul 8 pagi.

Bandung, Indonesia - Day 1

tiba-tiba ayah kata ngantuk. konon semua nak pergi ke kereta laa teman ayah tido last-last ibu,

''kita balik rumah jelaa. tido kat rumah lagi best. ada katil.''

memang semua tengah penat + ngantuk + stress pagi tu. aku sampai rumah terus terbongkang ah depan tv ngantuk gila. sedap dapat tido kat sofa. semua tido recharge energy kat rumah. pukul 12 camtu kitorang gerak ke airport balik. adik aku kata,

''awalnya gerak ke airport nak buat apa kat sana?''

better mereput lama kat airport daripada missed flight lagi kan?


Bandung, Indonesia - Day 1

alhamdulillah kitorang sampai airport lek lek je takyah berlari acah-acah marathon antarabangsa tu siap boleh singgah-singgah setiap kedai lagi haa. kaunter imigresen pun tarak orang hahaha kenapalaaa pepagi tadinya tak macam tu :')

Bandung, Indonesia - Day 1

ibu kata, ''ada hikmah kenapa Allah lambatkan perjalanan kita,''

#sarahsupportibu :')

aku lupa pulak yang aku ni mabuk flight. dah duduk kat seat dalam kapal terbang tu tetiba rasa nak turun. hadui. kapal terbang belum gerak lagi aku dah pejam mata try nak tido. tapi tak boleh tido gak. so sepanjang dekat DUA JAM aku terpaksa pura-pura pejam mata sebab nak kurangkan rasa pening. sian aku tsk tsk.

Bandung, Indonesia - Day 1

Bandung, Indonesia - Day 1

sampai bandung dah waktu maghrib so kitorang terus pegi makan. ada supir (ntah betul ke tak ejaannya ntah) bawakkan kitorang. supir tu macam tour guide laa haa takkan tak tau. aku tak tau sama ada kat bandung ni ada highway ke tak jalannya semua jalan kampung je weyh. jalannya kecik tapi kereta motor sentiasa banyak. tipu ah kalau jalan tak pernah jammed. selalu sangat weyh. lepas makan malam supir tu terus hantar kitorang ke hotel. tidorr krohh krohhh.

Bandung, Indonesia - Day 1

so kira first day kitorang holiday kat klia je laa kan H A H A H A H A.

thanks for reading! #waitfornextentry

No comments:

Post a Comment