30 September 2016

Lirik The Faith - Mengingatimu (Photograph cover)

Lirik The Faith - Mengingatimu (Photograph cover)

Lirik: Ustaz Adnin
Lagu asal: Photograph Ed Sheeran
Mixing & Mastering: Amin Nordin
Video: Afiq Jamil
Designer: Aizat Farhan

(ANIQ)
Tika itu,
Ku teringatkanmu,
Mengenangi pengorbananmu,
Betapa kau,
Betapa kau menyayangi,
Betapa kau cinta,
Merinduiku..

Kau sering menangis untukku,
Kau sering berjuang untukku,
Kadang kau bersengkang mata,
Kau tidur tak lena
Mengharap bersamaku...

(FAHIMI)
Mengingatimu,
Membuat hati aku sayu,
Betapa kau menyintaiku,
Namun tak ku hargai,
Segala jasamu...

(AMIR)
Tika ini,
Ku teringatkanmu,
Mengenangi pengorbananmu,
Hmm..
Seringkali kau di hina,
Namun tak pernah sekali kau jemu,
Hmm...
Betapa engkau bersungguh demi untukku...
Hmm...

Kau tak mahu kami di seksa,
Walau kau sendiri di seksa,
Kadang kau di pukul musuh,
Kau teruk di cemuh,
Mengharap bersamaku...

(FAHIMI)
Mengingatimu,
Membuat hati aku sayu,
Betapa kau menyintaiku,
Namun tak ku hargai,
Andai dirimu,
Kini berada di sisiku,
Pasti dikau menangis pilu,
Melihat diri ini,
Jauh darimu,
Tak hargaimu,
Melupakanmu,
Maafkan daku.....
Ooooo....

(FIRDAUS)
Cukuplah diri,
Sampai bila kau mahu mengkhianati,
Pengorbanannya untuk kamu,
Agar dikau bahgia..

Betapa kejam,
Dikau membalas jasanya itu,
Dengan dosa yang engkau laku,
Cukuplah wahai diri...

(ANIQ)
Ku sedari,
Kau mahu bersama-samaku,
Ku juga mahu memelukmu,
Mendakap tubuh agungmu,
Wahai rasulku...

No comments:

Post a Comment