Kau masuk sekolah AGAMA?

assalamualaikum

overall setakat ni result upsr dengan result pt3 je yang dah keluar kan. tinggal tunggu result spm je (and im scared omg!). macam mana laa rasanya amik result eh? sebelum ni masa amik result pt3 tak rasa macam tengah amik result pun sebab aku tak rasa macam tengah amik pt3 pun time tu ahahahahahaha #gelaklaasikit #supportakuweyh

kay, gila.

kalau spesis manusia macam aku ni, yang DAH HABIS SPM dan DAH HABIS SEKOLAH ni (best gila weyh), dalam kepala otak ni dah tak payah nak penin penin fikir pasal sekolah untuk tahun depannya. kadang-kadang bila teman adik-adik beli barang sekolah, aku baru teringat,

''lupa pulak aku dah tak sekolah tahun depan ahahahaha,''

dan adik-adik aku pandang dengan rasa tak puas hati. H A H A H A.

yang masih bersekolah tu, terutama yang BAKAL menduduki upsr 2017 / pt3 2017 / SPM 2017 tu (jahat sangat tak aku buat comeback untuk diorang? ahahaha), selamat meneruskan perjuangan korang eh, nak jadi pelajar malas macam aku boleh je, tapi korang jangan berangan tinggi sangat nak result kebaboom and then satu sekolah hargai kau time majlis anugerah kecemerlangan akademik. no no no. tapi kalau korang rasa sayang mak ayah korang tu, yang sudi berpenat-lelah kerja cari duit nak sekolahkan korang supaya korang jadi manusia berguna tu, cubalah yang terbaik untuk diorang, okay? at least, USAHA , doa dan tawakal :)

kepada yang nak pindah sekolah, terutama yang dah habis upsr dan pt3 tu, korang nak belajar kat mana pun, belajarlah. semua sekolah ada kelebihan dia sendiri. dulu masa darjah 6 aku nak sangat masuk mrsm. last last aku masuk smka. kalau Allah dah tetapkan korang kat suatu sekolah tu, terima jelaa. jangan ngengada call parents kata nak balik. jangan jadi macam aku. homesick sampai 6 bulan. perit kot tahan derita homesick selama 6 bulan kat asrama tu tsk tsk. beria tulis kat diari,

''AKU NAK PINDAH SEKOLAH''
''AKU NAK PINDAH SEKOLAH''
''AKU NAK PINDAH SEKOLAH''
''AKU NAK PINDAH SEKOLAH''
''AKU NAK PINDAH SEKOLAH''
''AKU NAK PINDAH SEKOLAH''
''TAK TAHAN AH DUDUK ASRAMA''

last last, 5 tahun gak aku sekolah situ. elok je aku jadi orang. haa, 'mantera' yang aku selalu sebut time form 1 dulu dah jadi ayat sensitif bagi aku bila ada junior lain bawah aku yang sebut perkataan tu. punya best gila sekolah ni bila dah 5 tahun aku kat sini. see? benda baik akan sentiasa datang, cuma cepat atau LAMBAT je. biasa ah, semua orang yang pernah duduk asrama akan rasa macam tu. dah lama sikit baru feel 'seronok'nya duduk asrama.

tapi, ada benda aku nak bincangkan kat sini sebenarnya.

hmm.

sekolah agama.

ramai yang pertikaikan. bila budak-budak sekolah agama keluar dari sekolah en, diorang akan cakap, ''tak nampak macam budak sekolah agama PUN.''

aku tak salahkan diorang. kadang-kadang aku sendiri rasa macam tu. sebelum aku daftar masuk smka, dalam otak aku macam-macam dah pikir,

''akak-akak kat sana mesti semua baik-baik kan?''
''mesti labuh tudung diorang,''
''budak-budak laki diorang mesti tak nakal macam budak-budak kat luar kan?''

hahaha punya positive-minded aku. dan salah.

kalau dah namanya pun manusia. akan ada tak perfect dari segi amal ibadatnya, akhlaknya. yang maksum cuma Nabi je. kita bukan nabi. kita ummat ja.

sekolah agama bukannya kilang yang boleh proses budak jahat jadi budak warak.

tapi satu je nak pesan. kalau Allah dah bagi kita peluang bersekolah di sekolah agama, apa salahnya kita amik walaupun sedikit tarbiah yang ada kat sekolah tu. at least bila kita keluar, kita tak rugi. untung orang yang dapat rasa tarbiah ni, tanda Allah sayang.

semua benda ada baik buruknya. sama macam smka. kalau kau amik yang baik-baik je, inshaAllah apa yang kau dapat pun semuanya baik-baik. kalau kau tegar sangat nak ikut yang buruk, jadi buruk jugaklah walaupun kau title 'budak smka'. tak guna.

sebenarnya semuanya bermula dari diri sendiri. yang nak berubah diri sendiri. pilihan di tangan masing-masing. sama ada nak ambik yang baik atau buruk. doalah supaya Allah tak henti-henti bagi hidayah kat kita semua, kan?

aku harap, korang yang dapat tawaran ke sekolah agama ni, gunakan peluang yang ada sebaiknya. tak semua orang dapat rasa peluang untuk jadi penyebar agama Allah, kan?

selamat malam :D

Teringin nak kahwin?

Ukhti,

Kalau umur masih belasan, baru habis SPM, baru berumur 20, 21,jangan serahkan hati awak pada sesiapa pun. Walaupun si dia awak suka, admire, confess, katanya, “saya sukakan awak, saya nak jadi imam awak” tapi dia cakap, “tunggu saya habis degree, nanti saya masuk meminang awak” lagi parah kalau mintak tunggu habis master/phd. Waktu confess, matrik pun x habis lagi.

Allahurabbi. Kalau ada begini, tinggalkan dulu. Siapa dia nak pegang hati kita 4-5 tahun? Siapa jamin awak hidup 4-5 tahun? Dan awak boleh jamin, awk akan menjaga hati selama tu? Boleh mesej hanya perkara penting dalam masa 4-5 tahun tu? Boleh berhubung tanpa ada kata ‘rindu’, ‘sayang’, ‘cemburu’ dan kata2 lain yg sepatutnya hanya pada yg selayaknya? Boleh jamin? Yakin tidak. Tidak.

Kenapa terlalu berani meletakkan hati di tempat yg rapuh? Kalau 4 tahun sudah berhubung, akhirnya keluarga x merestui? Lagi tragis, si ‘abang’ dah terjumpa yang lebih baik? Hatta sebulan pun macam2 perkara boleh terjadi. Inikan bertahun-tahun.Hati tu 1 je. Kalau pecah, sampai mati pun masih berparut. Hati wanita ni jugak umpama kaca yg sgt fragile. Once retak, nk cantumkan ia balik susah dan semestinya meninggalkan parut. If x dpt cantumkan, tempatnya di tong sampahlah jawabnya.

Kalau betul dia jodoh kita, dia kutub utara, kita kutub selatan pun akhirnya Allah akan temukan. Kalau masing2 sudah bersedia, silakan, kawen cepat2. Jangan dok couple, mesej2, sweet2 tanpa ikatan.

Buat adik lelaki, 

Kalau umur adik masih mentah, jangan sesekali memberi harapan pada anak dara orang. Kalau rasa nak confess, ni nak tanya 1 soalan. Hari ini, saat ini, awak mampu untuk jadi suami orang? Mampu pimpin seorang wanita yang lemah menuju syurga Allah sama-sama? Mampu sediakan si dia makan, minum, pakaian, tempat tinggal? Mampu bahagiakan hati dia? Maaf, banyak pulak soalan. Tapi cuba jawab semua soalan tu hanya dengan 1 jawapan. Hanya MAMPU atau TIDAK. 

Kalau MAMPU, Alhamdulillah, silakan. Teruskan niat awak. Terangkan pada dia niat, terus masuk meminang dan kahwin. Kalau jawapannya TIDAK, tangguh dulu niat. Sempurnakan diri dulu dengan soalan2 tadi sampai jawapannya ‘mampu’. JANGAN minta dia simpankan hati dia untuk awak pada masa depan yg awak langsung x layak untuk jamin.

Buat adik perempuan dan adik lelaki, 

Ingin menyayangi dan disayangi adalah fitrah. x cakap salah. Islam x larang pun kalau kita jatuh hati pada seseorang. Allah yang ciptakan rasa tu. Dan adik patut rasa bersyukur sebab adik normal, jatuh hati pada gender yang berbeza. NORMAL untuk rasa suka pada seseorang. Tapi, adalah TIDAK NORMAL, asal minat je couple. Asal suka je confess. TIDAK NORMAL kalau melayan perasaan tu. Rasa itu mungkin dtg dari nafsu. 

Saya nak ajar ni, kalau ada insan yang kita rasa selayaknya boleh jadi teammate kite untuk race ke syurga, simpan dlu nama dia dalam doa kita. Minta pada Allah, tolong jaga hati awak supaya tidak melebih2 dalam menyayangi insan bukan ajnabi. Tanya pada Allah, benar/tidak pilihan awak. Andai dengan jodoh kalian, maka tenanglah hati, bertambahlah iman, bahagialah ibu bapa awak, senang masuk syurga, maka, minta pada Allah, jodohkan kalian, dekatkan hati kalian, mudahkan perjalanan kalian, dan minta Allah pegang hati si dia. Takut2 nanti dia berubah hati Tapi, andaikata banyak kemudharatan andai kalian berjodoh, maka mintak Allah jauhkan hati awak dari dia, hilangkan rasa suka tu, dan mintak Allah dorongkan kita ke jalan yang benar, dan moga perjalanan kita mencari pasangan hidup dipermudahkan Allah.

Allah kan maha mengetahui. Allah tahu dah dia sesuai ke tak. DIA tau si dia jodoh kite ke tak. Kan senang mcm tu, sandarkan harapan kite pada Allah. Bila sandarkan hati pada Allah, saya jamin, adik2 xkan kecewa dan patah hati. Even si dia yang adik masukkan dalam doa, akhirnya terbukti bukan milik adik pun, adik x kecewa. Sbb adik tahu, rupanya selama ini adik mintak Kancil, tapi Allah xnak bagi sebab ada Audi yg Allah tengah siapkan untuk kita. 

Dan yg paling penting sekali, persiapkan diri adik mentally, physically, economically. Dah ready semua ni baru mulakan misi pencarian the other half ye. Kalau xde, jangan gatai nohh. Oh, economically tu, bukan sbb akak materialistic, tp akak realistic. Memang duit bukan syarat bahagia. Tapi kalau xde duit mmg merana. Setuju?

Dan sebelum tu, mungkin nanti ada yang komen. Asyik2 cinta, asyik2 kawen. Muda lagi, banyak lagi benda boleh fikir, banyak lg benda boleh buat. Hmmm. Adik, kalau bab subjek,politik, resepi, orang tak tanya anonymously. Bab perasaan kita malu sikit. Tu pasal confession banyak pasal cinta. Sebab bab lain diorg xpayah confess sini, bukan diorg x buat keje lain. Tapi diorg buat keje lain kat tempat lain.

Sekian, perkongsian dari perkongsian :)

Kenapa ada 4 mazhab dalam Islam?

Kenapa ada 4 mazhab dalam Islam?

Sejak kecil, kanak-kanak di Malaysia telah dididik dengan hukum-hakam agama seperti yang telah tertulis di dalam PAFA. Jika masih ingat, semua hukum yang kita belajar, adalah Mazhab Syafi’e kan?

Seperti yang diketahui, Islam ada 4 mazhab, Syafi’e, Hanbali, Maliki dan Hanafi. Siapa cakap Syiah tu mazhab ke-5, boleh pakai baju melayu putih, sampin hijau, dan pergi masuk sekolah agama balik. Kesemua 4 mazhab kita ada 5 rukun Islam, tiada tambah-tambah, ada dua hari raya, tiada tambah-tambah.

Sudah pasti ramai tertanya-tanya kenapa Islam kena ada 4 mazhab? Kenapa tidak satu sahaja? Sampaikan ada yang kata tak payah ikut mazhab, ikut Nabi dah cukup! Ustaz cakap, siapa cakap macam tu, dia bukan suruh ikut Nabi, sebenarnya dia suruh ikut diri dia sendiri!

Mazhab sebenarnya berbeza dari segi Feqah sahaja, bukan dari segi Aqidah. Feqah bermakna cara kita melakukan sesuatu Ibadat. Bagaimana hendak sembahyang, nak ambil wudhu’ dan sebagainya. Tapi jenis Ibadatnya semua sama. Keempat-empat mazhab ada 5 waktu sembahyang. Aqidah semua sama. Satu Tuhan. Satu Rasul.

Mungkin juga ramai sudah tahu, mazhab ini mengikut tempat. Sebagai contoh, Mazhab Syafi’e diamalkan di Malaysia. Manakala mazhab Hanafi, diamalkan di tempat seperti Iraq. Mengenai perkara inilah (perbezaan geografi) ternyata bergunanya mazhab.

Contoh yang paling jelas, mengikut Mazhab Syafi’e, di dalam sembahyang kita tidak boleh bergerak 3 kali secara berturut-turut. Manakala mazhab yang lain boleh.

Di Mekah, mereka tidak mengamalkan mazhab Syafi’e. Cuba bayangkan, di Kaabah yang begitu ramai, tak boleh bergerak 3 kali, boleh ke?

Kita tengah baca Fatihah, tiba ada Pak Arab melintas di depan, kita terpaksa gerak sikit, lepas tu ada lagi, kita kena gerak lagi.

Kalau pergerakan kaki kita melebihi 3 kali, sembahyang batal. Habis tu sampai Subuh besok kita kena ulang sembahyang, sebab sembahyang kita asyik batal.

Cuba bayangkan dalam dunia ini ada satu mazhab sahaja. Nanti di depan Kaabah tiada siapa dapat habiskan sembahyangnya!

Mazhab ini bukannya pecahan Agama. Tapi lebih dari perbezaan pendapat yang sesuai dengan tempat-tempat tertentu.

Cuba bayangkan, kalau kerajaan wajibkan semua pelajar pergi sekolah naik bas sahaja. Tak boleh ibu-bapa hantar, tak boleh naik basikal. Kononnya tiada keseragaman. Gila kan?

Semua orang ada cara masing-masing. Yang penting pergi sekolah, tiada kesah naik bas ke kereta ke permaidani ajaib ke.

Hal ini, bukan sahaja boleh diaplikasikan kepada mazhab sahaja. Tetapi juga boleh dikaitkan dengan hukum-hukum ijma’. Contoh paling terdekat, hukum mengucapkan Selamat Hari Natal.

Apa yang susah sangat? Ada ulama’ kata haram tak boleh. Al-Qaradhawi kata boleh. Bukannya semua ulama’ kata Haram Mutlak. Seperti biasa khilaf (perbezaan pendapat) ini berguna mengikut tempat. Agak-agak kalau anda duduk di Arab Saudi, jiran kau 100% Muslim, takkan tiba-tiba nak bagi pengumuman, “Hey Assalamualaikum. Merry Christmas“?

Tapi takkanlah kalau kau duduk kat Malaysia, ada 30 kawan Kristian. Kau terserempak dengan mereka. Kau nak diam je? Pastu “hehe sorry agama saya tak bagi wish Krismas hehe“.

Cuba kau fikir macam mana persepsi penganut agama lain kalau mereka nampak kita macam ni? Kalau kita ini, mereka wish Hari Raya, kita suka kan?

Jadi, dengan keadaan yang kita bercampur-baur bangsa dan agama di sini, kita kena hormat pegangan orang lain. Bukan setakat hormat orang Kristian, tapi lagi penting hormat orang Islam sendiri yang berpendapat lain daripada kita.

Agak-agak kalau kita ni jenis tak bercampur dengan bangsa lain, semua kawan melayu, diam-diamlah tak payah wish Krismas.

Ini, bila ada member kita yang jenis bercampur dengan masyarakat, dia berpendapat seperti Al-Qaradhawi dan wish kawan-kawan dia yang beragama Kristian, boleh pergi wall post dia haram this haram that. Bodohnya?

Maka, timbul juga persoalan-persoalan seperti bolehkah kita mengamalkan mazhab lain. Contohnya, kita yang mazhab Syafi’e ni nak amalkan mazhab Maliki pulak.

Hal ini dinamakan talkin (mencampurkan mazhab). Ustaz saya kata, hal ini tak boleh sama sekali, kecuali: a) Kita sudah belajar sepenuhnya keempat-empat mazhab. b) Kita pergi ke tempat yang mengamalkan mazhab lain.

Walaupun jika seseorang itu sudah belajar kesemua mazhab, adalah dinasihatkan supaya konsisten dengan satu mazhab sahaja. Seperti Imam Al-Ghazali, walaupun beliau ‘alim dengan semua mazhab, tapi beliau hanya mengamalkan mazhab Syafi’e sahaja.

Ingatlah, mazhab itu bukan perbezaan agama. Tapi ia adalah medium untuk memudahkan kita semua untuk menjalankan ibadah seharian agar mendekatkan diri kita dengan-Nya.

Wallahu a’lam.